.:: Entri ini copy paste dan bertujuan untuk berkongsi bersama ::.

(Artikel daripada sahabat di Telegram)

Ahad lalu pergi 1 kenduri kahwin dah agak lewat petang.
Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk.
Ketika minum di meja , seorang yang mngambil makanan datang duduk skali dgn saya.

"Tak makan ka?"Dia menegur.

"Tidak,saya masih kenyang".Balas saya.

''Tak ada lauk dah.Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada org, tinggal kuah saja.."Dia merungut.

Spontan saya membalas:"Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah, Allah yang menentukan apa yang kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu.Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi  cukup, mana ada tuan kenduri merancang untuk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yang lebih utama"

Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mngajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ketentuan Allah.
Jika pergi kenduri, apa yang etrsedia itu rezeki kita, sedap ka tidak, berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.

Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut, kita sebenarnya merungut takdir tuhan. Tidak ada tuan kenduri yang mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kepada ketentuan Allah
.
Jika anda singgah di R&R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga, apa yg ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah untuk ikan tamban kering) dengan sambal belacan makan lah, hanya itu rezeki kita. Jgn diherdik isteri yg memasak. Jika tiada rezeki, lauk dimasak jadi hangit ,periuk terbalik, ikan dilarikn kucing dan serba macam sebab Allah akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkn orang lain kerana takut kita tersalahkan Tuhan.

Jika nak makan sedap, nak makan banyak berusahalah sendiri.
Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan redha, moga Allah juga meredhai.

Mafhum sabda Nabi yg bermaksud:
Janganlah mengeji makanan, makan apa yang kita suka, tinggalkan yang tidak suka.


Apa yang tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan mrungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yang ALLAH BERIKAN.

Bumi Allah luas, sama-samalah mencari rezeki, kalau takde rezeki hari ini jangan pandang ke atas, tapi pandang ke bawah di mana lebih ramai yang menjalani kehidupan yang lebih sukar.

"Bersyukurlah kepadaKu maka Aku akan tambah nikmat."