Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bukan Rezeki Saya



Entri ini dipublish memang saja nak bagitahu semua. Dunia alam maya, dunia blogging yang penuh ketulusan dicemari dengan segelintir yang bersikap acuh tidak acuh.

Memang ramai yang sering memperkatakan mereka ditipu apabila telah terpilih sebagai salah seorang pemenang yang telah blogger anjurkan.

Apa yang saya mahu katakan, jika mahu anjurkan sebarang giveaway atau segmen, tolong berlaku jujur dan berikan komitmen yang tinggi. Jika tidak, janganlah anjurkan sebarang giveaway atau segmen! Lebih-lebih yang berbentuk hadiah. Nampak sangat hanya mahu mendapatkan trafik yang tinggi dan menambah bilangan follower.


*Sila klik gambar untuk lebih jelas*

Saya drop komen supaya dia alert kerana saya hantar dia melalui email.
Pada tarikh 22 Januari 2014 dan tarikh akhir beri maklumat adalah pada 23 Januari 2014.
~Tolong jangan terlalu meletakkan syarat, pm melalui fb sahaja sebab ada kalanya mesej tidak dapat dibaca melalui phone. Bila buka fb melalui pc baru mereka perasaan akan kewujudan mesej tersebut.


Ini adalah janji dia. Dia drop komen di salah satu entri saya pada 5 Februari 2014.


Saya beri info melalui fb messenger pula.  Lihatlah tarikh yang tertera, 6 Feb 2014. Lewat sehari je dari komen di atas.
Dia pun ada reply.


Ini juga janji dia. Dia tidak lupa katanya. Dia drop komen di salah satu entri saya pada 14 April 2014 pula!


Ini pula saya pm dia bertanyakan tentang hadiah tersebut sebab tidak terima apa-apa pun pada 26 Ogos 2014.


Sambungan mesej di atas. Dia meletakkan harapan yang tinggi.


Buat pengetahuan semua, sampai ke hari ini saya tidak ada menerima apa-apa novel. Takkan pula pos laju tersalah hantar. Kalau betul dia ikhlas, tidak salah kan update tracking nombor kepada saya. Mudah je. Kalau mampu publish entri di blog sehari berkepuk-kepuk, takkan lah setakat mahu update tracking no pada saya tidak boleh.

Jika dia anjurkan giveaway atau segmen, saya buat-buat tak nampak sahaja. Ramai blogger yang saya support bila mereka anjurkan sebarang segmen, menunjukkan saya bukan terkejar-kejar sangat hadiah yang ditawarkan.

Cuma saya terkilan.

Saya bukan mahu memburukkan sesiapa. Tapi, saya mahu semua sedar. Jangan berjanji jika tidak dapat tunaikan. Memang saya terima hakikat yang ini bukan rezeki saya. Tapi, perlu diingat, kepercayaan saya dan mungkin orang lain kepada blogger tersebut mulai pudar.



Nota Kaki : Pinjam tagline Nabil kejap.."Lu pikirlah sendiri!!"


Catat Ulasan

42 Ulasan

  1. Tak baik betul org mcm tu.. bukan ttg hadiah tu tapi sbb janji. Klu tak ada yg claim tu lainlah... Elok lagi Mar masih cover dia punya identiti.. patutnya tunjukkan je.. Biar ada akai.. hhmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sebab janji.. jika tak mampu dikotakan ganti dengan benda lain pon saya tak kisah.. terus terang itu lebih baik dari kepercayaan padanya semakin luntur

      Padam
  2. laaaa gitu punyer org pon ada... alahai... xper, sabar yer...

    BalasPadam
  3. ada gak orang macam tu.... nak sponsor hadiah kena tunaikan la dah kita menang.... alhamduliah setakat ekin GA n segmen hadiah dapat semua.... ni ada 2 barang tengah tggu nak sampai.... xtaw la bila sabar jah menanti....

    BalasPadam
  4. Sebenarnya memang ada yg begitu Mar. Kakak pun dah terkena tapi kakak anggap dia dah terlupa. Dia beria-ia kata suruh email address tapi last sudahnya tak ada pun hingga kini. Tapi kakak masih tetap drop komen diblognya juga tak mahu putus silaturrahim. Itu antara dia dgn Allah. Sebaiknya kita maafkan ajelah...

    BalasPadam
  5. sebab tu juga sebarang giveaway sally cuba anjurkan sendiri dengan tajaan hadiah drpd diri sendiri...bukan nak buruk sangka...tapi kadang-kadang perasaan takut tu sentiasa ada... :)

    insyaAllah ada rezeki yg lebih baik buat akak ye..keep calm :)

    BalasPadam
  6. Sue pun pernah terkena juga. Tak baik kan org buat mcm tu. Memang rasa kesal sgt dgn sikap sebegitu...hermm...pd penganjur mmg kene betul dgn tagline nabil tu..

    BalasPadam
  7. cik akak??

    kak, sy pon ada kak..smpi skrg xnmpk byngn hadiah...terpaksa redha jelah nk paksa mcm mn kan....sbb tu skrg sy nak join GA, sy memilih2 sikit

    BalasPadam
  8. Tak baiklah macam tu kan. Sabar ye.

    BalasPadam
  9. La ye ke? Tak pelah Mar sabar yer......
    Betul tu, kalau tak mau bagi tak payahlah berjanji..... buat sesak dada org yg menang menunggu jerkan....Tak pe, manalah tau lepas ni hadiah lebih besar awak akan dpt Mar

    BalasPadam
  10. pernah kena mcm tu, GA tahun 2012.. walau cuma frame gmbr, tp bila dh janji, kena la tepati.. bersungguh join GA, free² je naikkan trafik dia..sudahnya gone with the wind.. xpela, bukan rezeki sy..

    BalasPadam
  11. macam tu orang pu ada ke... sy belum pnh join mana GA dan sgmen.. tapi harap bia dia sorg je yang macam tu... sbr ye sis mar

    BalasPadam
  12. Mana boleh buat orang macam tu kann. tak baik betul lah

    BalasPadam
  13. Sabr ye Mar.. Biarlah dia jwb "disana" nnt...

    BalasPadam
  14. setahun kot janji nk bg hadiah....sm mcm mila...pilih GA mn yg ok ja join.klau yg byk2 sponser mls nk join sgt

    BalasPadam
  15. hmmm ... tu la ....
    byk kali dah kena .... sampai skrg ni tak dpt2 pun ade ...mls la pi minta byk kali le.....klu rasa ikhlas antar je la wlupun dh 2-3 thn berlalu

    BalasPadam
  16. Ada plak macam tu.. blogger baru macam saya tak ada lg la pengalaman gitu. setakat la ada menang satu GA dah dpt pn hadiah..Mungkin dia mmg lupa, atau ada masalah lain.. positif ja la kan..

    BalasPadam
  17. Kita anggap yang baik-baik ajelah, Mar. Mungkin ada kesulitan di pihak sana untuk menunaikan janji. Takpalah mungkin bukan rezeki Mar kali ni. Oh ya, by the way... hadiah saya belum hantar lagilah, Mar tapi saya memang tak akan lupa benda begini. Saya takda alasan nak ke pejabat pos selepas waktu pejabat sekarang ni sebab kena terus balik rumah atas arahan suami *_* Nanti kalau dah hantar saya inform dalam blog :)

    BalasPadam
  18. saya pernah jadi mcm ni masa mula mula berblog.dulu.join ga bila diajak.email tu sya masih simpan lg.
    saya abaikan je..
    mmg betul apa akak kata tu ’pegang pada janji’

    sesuai dgn blog ni janji kita..
    in shaa Allah sbgai peringatan pada saya di kemudian hari juga.. tima akak ;)

    BalasPadam
  19. akak pernah terkena sekali..blogger ni memang agak terkenal jugak la dgn dunia fesyen nya...rasa dah 2-3 tahun berlalu...dia kata penaja lari..bila penaja lari.seharusnya dia kena bertanggungjawab...lepas tu dia janji dia ganti..dia tnye akak samda nak wang tunai atau hadiah..bagi kita blogger ni,bila dah dijanjikan dengan hadiah,maka hadiah la jawbnya kan..macam tak sesuai nak mintak wng tunai pulak.at least ada la kenangan memenangi ga tersebut.
    lastly,diam seribu bahasa,...akak pun malas dah nak mintak2 macam pengemis..itu urusan dia ngan Allah swt..

    BalasPadam
  20. Sy blh agak blogger mana je tu.. Hmm agk popular gak blogger tu.. Hm... Xpe la kn mgkin bkn rezeki..

    BalasPadam
  21. hope blogger tersebut membaca entry ni. bila dah ungkapkan janji kena tunaikan dlm apa cara sekalipun.

    BalasPadam
  22. orang macam ni kadang2 kita tak boleh selindung sangat identiti dai sebab nanti dia akan guna trick yg sama.. saya pun pernah jugak tak dapat hadiah yg di janjikan. tapi malas nak kecoh. orangnya agak di kenali.. sy anggap dia terlupa & saya halalkan

    BalasPadam
  23. kathy pun ada terkena..di janjikan novel..haram sampai ke sudah tak dapat juga sampai sekarang ..aduhai...

    BalasPadam
  24. Saya yang baru jd blogger xsampai setahun pun dah terkena macam ni, dia bagi alasan dia tgh kumpulkan hadiah, malas nak g pej pos berkali2. Bila lama2 xpos2 jugak so sy stalk laa fb die..rupanya eh eh eh dia bisnes kot..tak kan xkeluar g pos brg...hahaha..kelakar minah tu..

    BalasPadam
  25. Saya pun pernah kena, walaupun hanya sekeping pocket kalender ...

    BalasPadam
  26. saya pun pernah dijanjikan topup rm10,tapi takdepun responnya.Sayapun malas nak tanya.masih mampu topup sendiri...tapi lepas tu nampak giveaway dia, diam-diam sudah...

    Cuma sekarang ni memang nak hadkan segmen dan giveaway pun...cik abang dah komen tu...blog saya dah tak best buka.asyik giveaway je, terganggu nak baca.so, kena amik iktibarlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..macam saya..saya join je..sehari join sekali

      Padam
  27. lahaiii... sabar la ye.. bersangka baik saja la.. mungkin dia makan byk semut kot.. tu yg dia lupa tu...

    BalasPadam
  28. Susahnya bila jadi camni kan Mar..Kalau kita tak tuntut sungguh2 tak boleh pulak sbb itu hak kita kenala kita pertahankan ..Kalau bukan kita siapa lagi ..Kak Lya pon ada satu yang masih tak dapat2 hingga arini ..Tak taula bila diaorang nak bagi ..Malas pulak nak g tuntut lbh2 kan kata kita ni kemaruk sgt pulak walhal itu hak kita huhuhu

    BalasPadam
  29. cuba follow up lagi mar selagi mampu.
    dan akak setuju juga pendapat kakzakie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya masih berkunjung ke blog dia dan tetap drop komen..cuma saya dah tak join GA atau segmen yang dia buat

      Padam
  30. alamak ai...ingat SA je yang kena,...tp bukan GA yang ni..ada satu GA lagi SA menang top up RM10..hahaha..x per la abaikan je...top up je pun..SA guna line...

    BalasPadam
  31. Pernah juga kena.. dah drop komen 2x Kat komen. Tapi sampai sekarang tak de respon.. ntah,dia tak nampak ke terlupa.. malas nak ambil tau dah..

    BalasPadam
  32. Seringkali juga trkena sis, ermm x taw nak kata Apa lgi.

    BalasPadam
  33. el pun ada segmen/GA yg xdpt2 hadiah
    el dah bagi alamat bagai ..tu pun last el bgtau semua detail2..lepas tu x folo up apa pun dgn dia..el x kisah pun diorg x bg..sbb el tau..internet2 ni byk yg xbetul hahahaha

    BalasPadam
  34. saya pun ada juga tapi malas nak kejar-kejar...kalau betul ikhlas ingin memberi, mesti berusaha untuk menjayakannya kan?...inilah salah satu sebab saya belum bersedia untuk mengadakan GA...^_^

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code