Gerimis rintik-rintik bertukar menjadi hujan. Di luar, langit kelihatan hitam pekat. Hujan turun tidak deras, tidak lebat. Dia termenung di hadapan televisyen yang baru sahaja dimatikan. Duduk diam di sofa memandang luar.

Hujan yang membasahi bumi seolah memahami jiwanya yang sunyi.
Seolah memahami hatinya yang menangis. Tapi dia akur.

Adakalanya dia kuat.
Adakalanya dia tewas.
Penantian satu penyeksaan.

Dalam kesedihan dia pasrah. Dia redha. Tapi, dia masih berharap agar ada sinar buat dia dan insan tersayang. Mengharapkan mentari muncul sesudah hujan berhenti.

Setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)



Percayalah hujan akan berhenti. Saat itu, kau akan terpegun dengan kehadiran sang pelangi yang mewarnai alam. Tika itu kau lupa akan 'hujan'. Lupa akan kenangan yang memedihkan. Dan kau hanya mahu tersenyum dan tidak mahu pelangi itu hilang.

Saat itu kau percaya, hujan yang membasahi membawa pergi segala kedukaan yang kau alami. Tiada ada apa yang tertinggal. Hanya parut yang semakin pulih kerana sejuk dilitupi air hujan.

... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
                                                - Surah al-Furqan ayat 20










 "