Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hadiah Sempena Hari Guru 2018

Assalamualaikum
Hadiah Sempena Hari Guru 2018 | 16 Mei merupakan hari guru. Setiap tahun pasti ada sambutan hari guru di semua sekolah.
Sempena hari guru, saya membelikan tudung untuk cikgu-cikgu Aisyah. Cikgu di tadika Aisyah tinggal dua orang je buat masa ni sebab seorang lagi cikgu sudah berhenti.
Tudung ni Aisyah yang pilih. Satu untuk Cikgu Nina, satu lagi untuk Cikgu Solehah. Yang corak bunga untuk Cikgu Nina katanya. Manakala corak bunga pink bertanah krim tu untuk Cikgu Solehah. Dia yang tentukan. Layankan ajelah kan.


Kami bersama-sama mendeko beg kertas untuk isi hadiah cikgu. Beg kertas tu saya beli di Mydin. Aisyah tulis dan gunting kemudian saya tolong tampalkan.


Siap mendeko dua beg kertas tapi terlupa letak nama cikgu pula.



Sedia untuk dibawa ke tadika pagi tu. Saya tak tahu nak belikan apa. Maka, belilah jejari wafer tu. Sekurangnya boleh tahan lama jika disimpan pun.


Ini dia Cikgu Nina, guru kelas 6 tahun. Saya minta cikgu bergambar dengan Aisyah untuk kenangan. Bukan main cantik kan cikgu Aisyah ni.


Aktiviti kelas. Pertandingan mewarna.



Terima kasih banyak-banyak cikgu. Jasamu tak mampu dibalas. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah Cik Aisyah saya ni. Semoga Aisyah menjadi pelajar yang berjaya satu hari nanti.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Saya tak berpeluang menyediakan hadiah atas sebab yang tak dapat dielakkan. Alahai.. sedihnya.

    BalasPadam
  2. akak tak sibuk lagi nak bagi hadiah..hehehe

    BalasPadam
  3. akak kat hospital..ilham bagi cikgu hadiah pen..babah dia yg belikan hahaha..

    BalasPadam
  4. Melaram la cikgu aisyah raya nnt sbb dapat tudung cantik..Pandai aisyah pilih...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code