Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Ayam Penyet

Assalamualaikum

Resepi Ayam Penyet | Resepi ini untuk menghasilkan ayam penyet yang sedap. Selain makan bersama nasi putih, sedap juga dimakan dengan nasi ayam atau nasi lemak.

Ayam Penyet

Bahan-bahan perapan :
- Ayam dipotong 4. Saya gunakan 2 bahagian peha & tight.
- 1 sudu kunyit.
- 1 sudu serbuk kari
- Garam.
- Bawang putih*
- Halia*
- Jintan manis*
- Jintan Putih*
- Ketumbar*
- Tepung bestari.

Cara-cara :
- Bersihkan ayam. Rebus ayam dengan halia yang ditumbuk lumat.
- Bila ayam sudah agak empuk, angkat dan sejukkan sekejap.
- Sementara memunggu ayam sejuk sedikit, sangai jintan manis, putih dan ketumbar.
- Kemudian, kisar semua bahan bertanda* dengan sedikit air.
- Lumur ayam dengan kunyit, garam & serbuk kari.
- Kemudian, lumur juga dengan bahan kisar tadi.
- Perap selama semalaman untuk lebih sedap.


- Saya bancuh sedikit tepung bestari dalam perapan.

Untuk menggoreng:
- Goreng ayam dengan minyak yang banyak di mana ayamnya tenggelam dalam minyak ketika menggoreng.
- Gunakan api sederhana sahaja.


- Setelah ayam masak, angkat & toskan minyak.
- Biarkan sejuk dahulu sebelum diketuk atau dipenyekkan.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. wah mar... pepagi ke sini.. nampak ayam sedap....

    BalasPadam
  2. boleh try ni..mcm sedap rupa ayam tu..

    BalasPadam
  3. Fuyoooo penyet menyet plakkk, kalau Sis ni dah meratah dah...

    BalasPadam
  4. Ingat lagi kedai ayam penyet yang mula2 akk jumpa kat Leisure Mall. Hsbnad ckp ayam tu dia penyek dengan sambal belacan. rupanya sambal belacan istimewa

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum & selamat pagi dari Maznee. Singgah blog walking blog mar. Sedapnya ayam masak kunyit

    BalasPadam
  6. haihhh ni yang teringin nak makan ni. Kena buat resipi ni :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code