Terus terang saya katakan, rambang mata saya dibuatnya bila masuk website ni. Terlalu banyak pilihan hadiah yang boleh kita reka dan beli di situ.
Apa yang menarik sangat bagi saya, produk pilihan hati direka mengikut kreativiti kita sendiri. Contohnya, jika membeli t-shirt, kita boleh menulis kata-kata istimewa di t-shirt tersebut atau meletakkan gambar kenangan. Begitu juga dengan produk lain seperti mug, kusyen dan lain-lain.
Ini antara produk pilihan yang pasti menambat hati sesiapa sahaja yang ke website printcious ni.
Banyak sungguh pilihan kan? Dah tak payah pening-pening nak bagi hadiah apa sempena hari jadi ke, hari guru ke, hari ibu ke, hari bapa ke malah untuk kawan yang bakal mendirikan rumah tangga pun boleh. Semua hadiah adalah custom gifts yang menarik. Kenangan dapat diabadikan di barangan kegemaran ramai.
Puas dah belek idea hadiah yang ada? Apa lagi, jom lah reka hadiah kita sendiri. Mudah sangat tau caranya dan saya pasti sesiapa yang mencuba akan berasa teruja.
Cara Membuat Custom Gifts di Printcious Online Gift Shop
Mudah je untuk pembelian online di printcious ni. Boleh ikut langkah berikut;
1- Pertama sekali, sila buka website printcious. Daftar dahulu.
2- Isikan ruangan bertanda *. Setelah selesai mengisi, semak dahulu. Kemudian, hantar.
3- Selesai pendaftaran, akan dapat email pengesahan dari printcious. Setelah itu, bolehlah mula memilih produk yang berkenan di hati.
4- Untuk mendesign hadiah sendiri. Hanya perlu click di 'create your own gifts'.
5- Kemudian, click di product pilihan. Saya memilih 'Personalized Your Own Color Mugs' kerana saya mahu reka sendiri mugs saya.
Apa yang menarik mengenai produk ini, ianya 'washable printed design' di mana design di mug tidak tanggal atau pudar setelah dibasuh kerana ia menggunakan kaedah 'heat transfer printing'.
Selain itu, terdapat banyak pilihan warna seperti hitam, biru, hijau, oren, kuning, merah dan pink. Material mug adalah diperbuat dari porselin.
Setiap mug seberat 450 gram ini akan dibalut dengan 'protective bubble wrap' bagi mengelakkan produk yang dihantar rosak atau pecah.
6- Selesai pemilihan produk, bolehlah design sendiri produk pilihan dengan meletakkan gambar atau kata-kata. Semuanya mengikut kreativiti si pembeli. Adalah digalakkan menggunakan desktop bagi memudahkan mendesign produk.
7- Sudah selesai mendesign? Sudah berpuas hati? Atau nak edit semula pun boleh selagi tak 'checkout'. Kalau dah berpuas hati dengan design, boleh la 'checkout'.
8- Setelah click checkout, pastikan telah mengisi butiran di bahagian alamat untuk proses penghantaran. Pastikan alamat penghantaran adalah betul. Takut barang tak sampai pula.
Selesai sudah membeli sekaligus menghasilkan satu hadiah. Mudah dan menyeronokkan bukan? Lain kali boleh beli hadiah lain pula. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat hasilkan hadiah di printcious.
If you are looking for mug printing supplier, colour mug or button badges, don't forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.
9 Ulasan
akak pun dah beli barang kat Printcious ni...
BalasPadammenarik
BalasPadamMenarik.. boleh try cuba test ni.. ;)
BalasPadambestnyaaaa...nanti nak try la untuk birthday sendiri..bahahah
BalasPadamKann kannn..nak cari Mug lama tu laa, mana laa letaknyaaa..
BalasPadamPaling best kita bolwh create sendiri design yg kita suka .
BalasPadamtak sabar nak redeem..
BalasPadamwah,bestnya..ni sesuai ni kalau nak bagi gift pada yg special.harga pun berbaloi juga..
BalasPadamtapi kalau saya,saya nak beli untuk diri sendiri dulu..hehe..
wahhh boleh jadikan hadiah untuk hari bapa bulan depan
BalasPadamUyul Rosli | JDTBlogger
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.