Assalamualaikum

Ulang Tahun Emak Ke- 59 | 18.05.18 - Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dipanjangkan usia emak saya. Saya ni duduk tidaklah jauh mana dengan emak saya, Johor Bahru ke Maokil tu dalam 2 jam je perjalanan. Tapi, susah sikit saya nak balik kampung sebab en.suami biasanya banyak kerja. Maklumlah kerja maintenance, chargeman ni lelah sedikit. Belum masuk kerja lebih masa dan stanby. Atas sebab itu saya agak sukar untuk kerap pulang ke kampung.

Kek ni dikirimkan oleh kakak saya. Penjualnya di kampung saya juga, tempah online je. Nanti dia akan hantar suprise ke rumah.

Untuk pengetahuan semua, adik lelaki bawah saya ni pula hari jadinya selang sehari je dengan emak saya, 19.05. Tu yang sambut sekaligus terus.


Emak bergambar bersama dua orang anak lelakinya. Anak perempuan takde sebab dua-dua tak balik kampung. Biasalah status isteri orang kan.


Emak bersama anak, menantu dan cucunya.