Hari raya, hari kemenangan seluruh umat Islam hampir tiba. Si kecil pun mahu tampil berseri di hari raya. Takkan ibu je pakai tudung berkerongsang cantik kan, bayi pun nak nampak bergaya juga.
Saya nak share kepada semua kawan di mana nak dapatkan headband murah. Tempat yang saya rekemen ni bukan sahaja menjual headband bayi malah headband budak juga ada. Betul tau, semua koleksi cantik belaka. Rekaan terkini, fresh-fresh belaka. Pendek kata, kalau korang terjah IG dia, korang akan tergoda punyalah!
Nak beli kat mana? Inilah dia. Jom follow IG dan FB Pages nya untuk melihat pelbagai koleksi yang ada. Dah follow baru korang tahu rambang tak rambang mata tu.
FB pages: https://www.facebook.com/ciktomwardrobe/
Ini antara koleksi yang telah menjadi hak milik saya. Saya hadiahkan pada Cik Bunga, anak adik sepupu saya. Cantik-cantiknya lahai..
Merah jambu ini antara yang menarik hati saya. Kalau nak tahu, hampir semua warna saya berkenan. Mana tidaknya, untuk dipakai hari-hari kan.
Peach oren.
Antara rekaan berbentuk reben yang ada. Bentuk reben pun comel-comel. Nampak simple tapi menawan hati.
Kuning.
Ungu.
Hijau.
Biru.
Tara..perkenalkan Cik Bunga. Inilah dia Cik Bunga si pemilik headband. Si comel bambam bertambah comel bila dia memakai headband keluaran collection Cik Tom ni. Tengoklah tu dia, comel kan?
Serasi sangat dia mengenakana headband keluaran Cik Tom ni. Cantik terletak. Tak pula dia sibuk merengus minta dibuka.
Kenapa korang perlu dapatkan headband Cik Tom? Eh, mestilah! Pastikan ianya headband Cik Tom ye.
Kelebihan beli headband dengan Cik Tom;
- Harga headband RM10 ke bawah.
- Pelbagai design headband terkini dan comel.
- Pelbagai pilihan warna.
- Headband murah dan berkualiti.
- Pembelian 5 pcs ke atas percuma kos pos.
- Pembelian 10 pcs ke atas percuma kos pos + 1 pc headband.
Banyak betul kelebihannya kan. Apa lagi, dah tengok kan koleksi yang cantik-cantik tu. Cepat-cepat grab mana yang berkenan untuk puteri comel. Macamana nak tempah? Mudah je, terus whatsapp nombor di bawah.
Sebelum tu nak bagitau, bersempena bulan puasa yang mulia dan hari raya yang bakal menjelang, saya nak bagi promo ni.
Kepada semua pembaca blog Janji Kita, boleh gunakan promo code: CTRAYA04 utk diskaun 10% setiap pembelian.
Whatsapp: 013-8013500
12 Ulasan
cutenyaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamGeramnya tengok pipi diaa..macam nak gigit.
BalasPadamCantk-cantik headband tuu
alolo..comel benau cik bunga pakai headband
BalasPadamWah sesuai nama cik bunga bila pakai headband berbunga2..comey sgt
BalasPadamSalam ramadhan dari mar, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.
BalasPadamBaby memang comel pakai headband cam ni
Ada anak perempuan tapi tak pernah berjaya pakaikan headband bunga2 macam tu sebab ibunya suka gaya anak lelaki pada anak gegurl.. hahaha..
BalasPadamSelamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. ala comel nya baby gegel pakai ni
BalasPadamAssalamualaikum, Salam Jumaat & selamat pagi dari Ibu. Anak anak jadi penawar hati untuk ibu dan ayah
BalasPadamGood Morning, Mama singgah blogwalking sis. Anak mama semua lelaki
BalasPadamAlolo comelnya.. kalau anak sedara saya, kejap je pakai.. pastu dia buang.. 😭
BalasPadamAnak2 bertambah comel dgn headban bunga ni 😍
BalasPadamBagus dri kecik x merengek...syok je gayakan dorg..hehee
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.