Assalamualaikum

Wajah Baru Blog Janji Kita #3 | Blog janji kita bertukar baju lagi. Dari 2012 - 2018 ni sebenarnya lebih 3 kali baju dah bertukar, cuma sebelum-sebelum tu takde entri mengenainya.

Sekarang ni banyak template cantik-cantik yang boleh mencantikkan blog kan. Yang mesra SEO pun banyak. Cuma saya agak malas mengedit sendiri dah, rasa berpinau biji mata ni dah.

Kalau nak tahu, saya dah menggunakan ramai khidmat blogger yang mengambil upah editing template ni. Biasanya saya cari blogger yang mengambil upah murah-murah.

Sebelum ini Blog Janji Kita diedit oleh Blogger Sis Awa
Wajah Baru Blog Janji Kita #2

Selepas setahun, blog janji kita menukar baju lagi. Kali ini editing dilakukan oleh Blogger Mai.


Masih mengekalkan latar belakang putih. Template suggestion dari Mai. Template pilihan.

 Pilihan warna adalah purple, tak.kisah purple macamana asalkan nampak cantik, kemas dan simple. Maka, inilah hasilnya. Terima kasih Mai. Saya sangat berpuas hati dengan baju baru ni.