Selama 7 tahun ibu menjadi pemandu berhemah, pelbagai ragam pemandu yang ibu jumpa. Pelbagai insiden telah ibu alami.

Ibu mula memandu kereta sejak cermin kereta bertampal P dan hinggalah hari ini (dah lama takde P). Apa yang ibu perhatikan, kebanyakkan pemandu lelaki mudah menyalahkan pemandu perempuan. Entahlah. Teruk sangat ke cara pemanduan kaum hawa ni? Kaum adam lagi dasyat, buat jalan raya mengalahkan litar F1.


5 tabiat wanita (klik untuk baca) ~ No. 2 sahaja yang betul

Pinjam En. Google ~ contoh sandal yang ibu pakai untuk memandu.



Tabiat buruk pemandu di Malaysia. ~ www.arenakereta.com/2013

Tiada lampu signal ketika membelok atau menukar haluan.
Terus terang ibu katakan yang ibu tidak tahu apa masalah orang dalam kategori ini.
Adakah kerana dia tidak tahu akan fungsi lampu tersebut (choii...macamana boleh dapat lesen ek?)?
Adakah kerana dia tidak jumpa indikator tersebut?
Adakah kerana dia berkhayal?
Atau adakah dia seorang yang sangat pemalas?

Memotong barisan.
Spesis tidak tahu sabar dan tidak beradab. Terasa diri tu tinggi sangat darjat hingga tidak boleh beratur lama.

Meletakkan kereta berlapis (Double Parking).
Ini juga spesis pemalas dan pentingkan diri. Kalau ada pemandu di dalam kereta tersebut, dimaafkan.

Meletakkan kereta secara tidak bertanggungjawab.
Spesis pemalas lagi. Malas hendak membetulkan parkingnya dan bakal mendapat sumpah seranah berkoyan-koyan. Hati-hati bagi pemandu yang sering mementingkan diri sebegini, silap haribulan kereta anda akan calar balar. Ketika itu, anda pula yang menyumpah-nyumpah tidak kena tempat. Muhasabah diri ye.

Menekan hon untuk setiap kereta.
Yang ni tak berapa nak komen sebab jarang tekan hon dan jarang dikenakan hon melainkan dihon untuk tujuan mengurat.

Memandu di lorong kecemasan.
Kerap berlaku bila jalan sesak lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan. Ada juga pemandu yang rasa keretanya tidak boleh dipandu secara perlahan dan mengambil jalan mudah dengan menggunakan lorong kecemasan semata-mata untuk cepat sampai.
Pernah berlaku satu kejadian, sebuah kereta tersangkut dilorong kecemasan kerana tayarnya termasuk ke dalam longkang. Belum cukup expert tu.

Berhenti dan tenung.
Sikap prihatin pemandu Malaysia yang tidak boleh dibuang begitu saja. Terlalu prihatin dan memandu perlahan untuk menyaksikan suatu kemalangan semata-mata untuk menangkap gambar dan menjadi wartawan tak bergaji di laman sosial. Kalau ibu pemandu lori, memang best langgar kereta macam ni.





Nota Kaki : Saja je nak share..