Mood memasak yang ke laut membawa kami ke sini. Sudah lama mahu bercerita mengenai pizza buatan melayu ini. Sedap dan penting ternyata halal.

Pertama kali makan Pazz da Pizza, 2 ke 3 tahun lalu ketika sudah berpindah ke rumah kami. Ayah yang perkenalkan. Dulu, lokasi kedainya hanya di Taman Mawar. Kedainya kecil sahaja tetapi perkhidmatannya cepat. Pazz da pizza juga ada servis penghantaran ke lokasi berdekatan tetapi minimum tempahan adalah 2 keping pizza.


Pekena pizza topping ayam percik
Kami memilih saiz L yang berharga RM22 ~ Makan sekeping sudah terasa kenyang.


Sekarang, mereka sudah berpindah ke kawasan Bukit Dahlia. Deretan kedai yang berhadapan KPJ. Kedainya jauh lebih besar dari sebelum ini dan pelanggan boleh menunggu di dalam kedai mereka dengan selesa. Malah, pelanggan juga boleh makan di kedai mereka.

Selain pizza, terdapat juga menu lain seperti kebab.


Waktu urus niaga : 11.00 pagi hingga 10.30 malam.
Lokasi : Lot Kedai Taman Bukit Dahlia, No. 63, Jalan Sejambak 14
(Bersebelahan Seng Heng Electrical Shop)
No. Telefon (Pasir Gudang) : 019 7279401 atau 019 7269401



Untuk maklumat lanjut, boleh layari blogspot mereka di pazzdapizza.blogspot.com. Terdapat banyak pilihan menu yang disediakan. Semuanya sedap-sedap belaka.


Cubalah! Pasti tak rugi.