Semalam petang, balik dari kerja ternampak ayah sedang rancak berbual dengan jiran-jiran lain di hadapan rumah. Aisyah sudah tidak betah diam melihat ayahnya di seberang jalan. Budak bandar, jarang keluar dari pintu pagar, begitulah.

Rupa-rupanya jiran belah depan, rumah hujung sekali (corner lot) telah dipecah masuk. Dipecah ketika mereka keluar waktu selepas maghrib. Balik-balik rumah, rumah mereka telah dipecah.

Cerita sebenar bagaimana rumah itu dipecah masuk dan berapakah nilai harta yang hilang tidaklah kami ketahui.

Kes ini menjadi pengajaran buat kami agar lebih berhati-hati. Bukan pertama kali rumah di kawasan ini dipecah masuk. Sebelum-sebelum ini juga ada kes pecah rumah tetapi di lorong lain.

Kawasan perumahan kami kebanyakkannya muda belia seperti kami (muda ke?) yang pagi ke tempat kerja, lewat petang bawa ke malam baru nampak batang hidung. Suri rumah ada juga tapi kebanyakkannya bangsa lain, bukan melayu. Kalau ada melayu pun seorang dua dan hanya duduk terperap di dalam rumah hingga kami beri salam untuk memberi jaudah atau ole-ole dari kampung pun susah nak buka pintu. Kami pula yang rasa malu berlama-lamaan memberi salam di hadapan pagar rumah orang. Phewww..

Pinjam dari Google



Nota Kaki : Esok sabtu..yeayyy..