Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Perjalanan : 36 Minggu


16 Ogos 2015 - Pemeriksaan berkala dengan jururawat. Sekejap je. Check air kencing, berat dan denyutan jantung bayi. Semua Ok. Saya pun sebenarnya tidak pasti kenapa saya perlu ke KK seminggu sekali untuk menjalani pemeriksaan. Penat tau. Sebab cuma check up biasa sahaja.

Berbual dengan seorang kakak yang baru melahirkan anak ke-4 beberapa hari yang lalu. Dia kata, dia cam saya semasa melakukan BSP pada minggu lalu. Ohhh...

Kes seperti kami, selepas bayi dilahirkan, ibu dan anak akan dipisahkan. Saya terkejut. Rasa mahu menangis. Dalam hati berbisik, mesti lama di hospital nanti. Tapi, saya tawakal dan berdoa sahajalah banyak-banyak. Ikutkan hati, tidak mahu berlama-lamaan di hospital. Tolonglah doktor....


17 Ogos 2015 - Temujanji dengan pakar pemakanan. Perlu hadir jam 12 tengahari. Temujanji ringkas selama 15 minit.Diajar cara berdiet untuk 'pesakit diabetes' seperti saya. Masalah saya bukan sahaja kencing manis, tapi juga HB rendah. Dari segi pemakanan, memang perlu berjaga-jaga dan perlu makan sayur hijau dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan nasi.

Lebih baik kalau saya ambil air lemon atau air limau tanpa gula di pagi hari selepas mengambil ubat agar ubat dapat menyerap dengan lebih cepat. Makan buah hanya sepotong sehari kerana dalam buah juga ada gula. Seelokkanya ambil buah jambu batu kerana buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi ~ Masa mengandungkan Aisyah saya suka makan jambu batu. Sekarang ni pun suka tapi agak sukar untuk mendapatkannya.

Hindarkan minuman manis berbentuk kordial, susu manis, air teh, milo, minuman berkoko kerana ia mengandungi kafein. Boleh mengganggu penyerapan pil yang saya ambil. Jarakkan pengambilan susu dengan makanan berprotien dan berkhasiat lain sekurang-kurangnya 2 jam. Sekali bancuh susu hanya 2 scoop, jangan lebih.

Untuk menaikkan HB, boleh makan kerang, sayur bayam, hati dan limpa. Saya suka makan sayur bayam. Masak air. Kerang pun saya suka tapi macam tidak musim pula.

Bak kata pakar tadi, faktor usia..






Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. lor sis ad kencing manis ke?? semoga dipermudahkan ye...dh masuk fasa menunggu hari ni...lagi 2 mggu giliran sy plak

    BalasPadam
  2. Betul..faktor usia..sy mmg rase kelainannya preggy masa 2 series dgn 3 series mmg brbeza..tp ikut org jgk kot..huhu

    BalasPadam
  3. salams mar, semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. Amin.
    take care ya:)

    BalasPadam
  4. faktor usia .. betul tu.. apapun semoga semuanya selamat yea.. tapi bab nak ke KK setiap minggu tu memang penat.. hihi..

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan ye sis makcik sy tgh mengandung anak no 4, start dari anak no 2, dia kene diabetes semasa mengandung, siap cucuk insulin sendiri. pengorbanan seorang ibu kan

    BalasPadam
  6. Salam Mar..dah tak lama dah..moga dipermudahkan segalanya buat Mar..

    BalasPadam
  7. Dah 36 minggu. Jaga kesihatan baik-baik. Semoga selamat sentiasa.

    BalasPadam
  8. dah nak dekat tu,, moga dipermudahkan ye,, hihi kita plak yang nebess,,

    BalasPadam
  9. Fikir positif..jangan fikir sangat..buat sesuatu yang buat kita tak fikir sangat tentang hb atau diabetik tu..in sya Allah. .boleh..moga mudah semuanya..amin..

    BalasPadam
  10. Ooo..ade kencing manis time preggy..berapa bacaan tu sis??

    Ruby pun ade mase anak no3...8.8 bacaan lepas mik air gula...then ruby mik ESP SHAKLEE...maintain la 5+++ gitu..huhu...baby xbesar pun..alhamdulillah la xdek ape2 ...so take care eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah macam tu ye. ESP saya dah sebulan tak minum lepas habis..hehe

      Padam
  11. moga dipermudahkan ye mar...
    bertenang...
    berdoa...

    BalasPadam
  12. alahai kesiannya
    bawaan budaklah tu
    moga semuanya dipermudahkan ye

    BalasPadam
  13. Assalam mar,
    semoga segalanya dipermudahkan AMIN

    BalasPadam
  14. Da x lma lgi tu sis, moga semuanya d prmudahkn insyallah

    BalasPadam
  15. semoga dipermudahkan segala urusan =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code