Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Kucing Turut Beraya


Perkara biasa, setiap kali musim perayaan, yang duduk di bandar akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya. Bila lagi kan. Lama pula tu masing-masing ambil cuti hingga seminggu.

Tuan yang prihatin, sanggup angkut haiwan peliharaan mereka sekali pulang ke kampung. Tapi, kalau dah banyak, takkan mereka nak bawa semua sekali kan.

Kami antara orang yang terawal pulang ke rumah. Masa tu terasa sunyi sepi. Mana tidaknya jenguk kanan, depan, semua rumah berkunci. Kereta masing-masing pun tiada di car porch.

Yang kerap kedengaran hanya ngiauan kucing-kucing comel yang kelaparan. Kesian tau. Pantang nampak sliding door terbuka, mulalah mereka datang. Ada jenis beradab, tunggu depan pintu sambil mengiau. Ada yang terlebih ramah, main terjah je masuk.

Cik Aisyah yang suka kucing tapi takut-takut bila kucing menghampirinya. Siap terjerit-jerit dan menangis pula bila kucing-kucing mengerumunnya. Cuba kalau kucing tu seekor saja, kucing tu pula takut sebab kena kejar oleh Cik Aisyah.

Bila haiwan-haiwan comel ni datang ke rumah, saya tak sampai hati nak halau. Halau keluar dari dalam rumah saja, tapi saya biarkan mereka di car porch. Beri mereka makanan apa yang ada. Mereka datang kerana lapar. Mereka datang membawa rezeki. Nak bagi kuih raya, tak reti makan pulak!

Saya tahu mereka bukan selalu berkunjung ke mari. Kalau orang takde, mereka tak datang pun. Dari seekor, datang lagi dan lagi. Saya biarkan sahaja. Mereka mengiau minta makanan, saya beri.


Pinjam dari Google ~ Muka mintak makan
Cam nak lempang sebab comel sangat



Aisyah : Ibu!!! Ada kucing masuk!!

Ibu : Halau dia Aisyah..

Aisyah : Syoh..syoh..keluar la kucing. Nanti ayah marah..


Suami saya tak marah pun kucing masuk rumah secara tak sengaja. Bila mereka datang, kami bagilah makanan, dan mereka akan berada di luar rumah sahaja.

Bila tuan-tuan mereka pulang, mereka tidak datang ke rumah kami lagi. Takde bunyi ngiauan yang kelaparan.








Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. kucing kt rumah ni ntah dtg dari mana..smpai ada yg beranak pinak
    kdg2 tu bg diorg makan..smpai ckp..mai mai makan..mama nak bg makan ni
    hahah smpai mama ko hehe

    nak bg makan tu no hal..nak tumpang berteduh tu no hal
    yg jd hal..bila abis plastik sampah dia koyakan..lauk2 dlm tudung semua dia ambik..smpaikan periuk atas dapur pun dia leh cekau..gerammmmmmnyaaaaaa

    tp k

    BalasPadam
  2. Alahai ciannye die...suami wawa suka pelihara kucing..")

    BalasPadam
  3. Allah.sedihnya..hari ini kita berkongsi rezeki..moga diakhirat kelak..kucing kucing turut sama menyumbang pahala..

    BalasPadam
  4. Tak rugi memberi makan dan sedikit kasih pada mereka
    Kelak semuanya menjadi saksi di padang mahsyar segala kebaikan yg dibuat

    BalasPadam
  5. kesian nye ....
    kucing rumah ni kadang tu bkn reti cr mkn sendrik ... klu jenis baik balik rumah die ok la lps mkn .. ni siap berak dpn rumah org lagi .....

    BalasPadam
  6. alahai kesiannya:(
    murah rezki mar bagi mereka makan, mereka juga mendoakan utk mar sekeluarga....
    syukur ada mar tolong bg makan....

    BalasPadam
  7. huhuhu..comelnye die halau kucing tu..siap ckp nti ayah marah lagi

    BalasPadam
  8. Bgusnya..entry ni buat saya sdr xrugi buat baik dgn binatang..mmg pun.sllu bg makan klu dia dtg umah.

    Jom jln2 blog akak.salam ukhuwah.

    BalasPadam
  9. Bgusnya..entry ni buat saya sdr xrugi buat baik dgn binatang..mmg pun.sllu bg makan klu dia dtg umah.

    Jom jln2 blog akak.salam ukhuwah.

    BalasPadam
  10. Bgusnya..entry ni buat saya sdr xrugi buat baik dgn binatang..mmg pun.sllu bg makan klu dia dtg umah.

    Jom jln2 blog akak.salam ukhuwah.

    BalasPadam
  11. mar kak ana masa jingga masih hidup dulu angkut bawa balik kampung bila beraya, kini tinggal kenangan je dah :(

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code