Terus terang saya katakan, Cik Aisyah seorang yang sangatttt memilih bab makanan sejak dia sudah mula membesar. Masa kecil dulu, apa saja makanan yang saya suap, dia telan je. Semakin dia membesar, semakin sukar untuk dijangka selera dia.
Masak nasi sup ayam, dia minta mi. Masak mi, minta nasi. Hingga kadang kala saya masak nasi jagung, nasi tomato, dia minta nasi putih. Makan bersama telur dadar goreng sahaja. Makan pula dengan kuantiti amat sedikit. Sampai pening kepala melihat Cik Aisyah yang semakin susut badannya. Asyik main je.
Saya pula jenis memasak di rumah. Jarang saya hidangkan makanan yang remeh temeh sebab saya masak nasi berlauk sekali je untuk makan malam.
Dari susu pediasure (sekarang sudah tidak beri sebab Cik Aisyah kata tak sedap T___T), kemudian saya beri makanan tambahan lain. Lain dan lain. Seolah tidak berbaloi pula. Sehingga saya sangat risau dengan keadaannya yang langsung tidak menjamah makanan! Cuma minta susu, susu, susu.
Sehinggalah, ketika bulan Ramadhan yang lalu, kebetulan singgah di Guardian. Ada offer supplemen ini. Dengan harga sebotol, dapat 2 botol. Tapi, hanya untuk perisa strawberi. Saya pun laju je ambil dan bayar.
Kesan positif kelihatan dalam tempoh masa seminggu. Saya mula nampak perubahan selera makannya. Sudah tidak memilih makanan sangat. Kalau makan nasi berlauk tu, minta tambah. Lebih-lebih lagi kalau saya masak tomyam, memang laju dia hirup kuah. Makan berulang-ulang. Suka saya tengok selera makan dia. Lebih mengujakan bila pengasuh juga memberitahu perkara yang sama. Cik Aisyah sudah mula kuat makan.
Supplemen yang saya beri Cik Aisyah
Nota Kaki : Mood semakin jauh...
7 Ulasan
great product
BalasPadamSeingat Lya dulu pun pernh mkn vitamin ni, memg selera mkn brtmbh2..
BalasPadamalhamdulillah :)
BalasPadamBoleh nak cuba juga produk ni. Terima kasih akak.
BalasPadampanduan yang berguna ni. Kadang-kadang risau juga dengan selera makan anak.
BalasPadamanak2 membesar mmg diorg akan mula pilih makanan..
BalasPadamalhamdulilah cik aisyah dah mula berselera makan..nak besar tu hehe
ohh bagus ni :D
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.