Diberi peluang mengandung anak ke-2 merupakan anugerah yang cukup indah bagi kami. Pengalaman mengandungkan anak pertama banyak membantu kami dan agar kami lebih berhati-hati.

Bila terbaca entri Mila Hilas, terus teringatkan akan diri sendiri. Apa tidaknya, usia kandungan Mila lebih kurang saya saja. Boleh laga-laga perut.

Persediaan untuk adik Aisyah lebih rapi dari Aisyah dahulu. Sebab Aisyah lahir ketika usia kandungan saya 37 minggu. Tanda pula 4 hari awal. Mujur cukup bulan. Atas sebab ini, saya banyak buat persediaan awal.

Menanti kelahiran zuriat ke-2 kami, pelbagai persediaan saya sudah siapkan. Ilmu bersama anak pertama saya akan amalkan. Kali ini, saya nekad dan akan berusaha sebaiknya untuk memberikan susu ibu sepenuhnya.

Banyak barang untuk dia saya beli awal. Sebab saya takut berlaku kepincangan kewangan lebih-lebih lagi komitmen yang semakin hari semakin bertambah. Belum masuk cukai itu ini.

Baju-baju lama Aisyah saya punggah semula, basuh, lipat, simpan dalam beg dan stanby dalam kereta. Beli baju baru untuk baby pun 3 set je. Hampir semua baju bayi saya beli untuk Aisyah dulu jenis tidak melambangkan untuk anak perempuan sahaja. Makanya, kalau adik Aisyah nanti seorang lelaki, tidak ada masalah.

Cuma untuk diri sendiri tidak saya titikberatkan lagi. Set bersalin pun saya tak terfikir nak beli. Kalau boleh, nak cari ramuan mak bidan je. Sebab set bersalin ni tak habis guna pun nanti. Lagi best, kalau en.suami sudi sponsor

Macam nak beli lagi satu pulak ~ Aisyah punya sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas.



Dari segi mental dan fizikal, bila kandungan sudah melalui trimester ke-3, rasa berdebar-debar, risau, takut, gembira, bercampur baur. Setiap anak, proses bersalinnya tidak sama kan. Mau tak berdebar-debar. Semakin menghampiri EDD, semakin kuat hati berdebar-debar. Hari-hari menghitung hari.