Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Waktu Lepas Pejabat Bukan Waktu Untuk Berehat


Zaman suami isteri bekerja, suami tidak boleh mengharapkan isteri sahaja memikul tanggungjawab menjaga anak. Malah, jika isteri tidak bekerja pun.

Biar kita berebut-rebut mencurahkan kasih sayang kita kepada anak-anak. Sudahlah seharian dia bersama pengasuh, takkan bila pulang ke rumah, kita buat endah tidak endah dengan mereka, sedangkan mereka itu permata hati kita.

Bila tiba hari cuti, lebih-lebih lagi cuti lama atau cuti umum, masa inilah yang ibu bapa gunakan untuk mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Bila lagi.

Pada saya, pulang ke rumah selepas waktu kerja bukan masa untuk berehat semata-mata dan bersenang lenang menonton televisyen, tapi masa inilah masa bersama anak-anak.


Jika kita sibuk dengan gajet, jangan marah jika anak kita juga sibuk mengadap gajet..
Jika kita sibuk dengan menonton rancangan televisyen, jangan marah jika anak leka denga menonton kartun..


Apa yang kita lakukan menjadi pemerhatian mereka.


Situasi yang kerap berlaku pada saya,

Sedang asyik melayan WA, tiba-tiba Aisyah ambil smartphone/ tab saya dan berkata, 

"Ibu ni, tak payah la. Letak sini dulu..". 

Dia letak smartphone/ tab saya ke tepi. Jika ada perkara urgent, saya akan beritahu dia, 

"Aisyah, ibu nak mesej Ayah kejap ni." atau "Aisyah, ibu nak telefon nenek kejap"


Anak-anak memerluka perhatian. Adakalanya dia akan mengajak kita bermain bersama-sama. Adakalanya juga dia akan mengajak kita berbual dan bercerita. Betapa indahnya saat-saat berharga ini.





Nota Kaki : Ini adalah dari pengalaman penulis..




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. mcm sy plak Arfan yg konker hp..memang xblh nk pgg henpon kalo dia ada..bila sy sibuk menjahit plak, tahu plak dia dtg kacau mcm bosan bila xde org lyn dia..hihi..

    BalasPadam
  2. Peringatan yang bagus.. Saya belum ada anak lagi. Tapi suka info-info sebegini. :)

    BalasPadam
  3. Betul. Apa lagi bila anak semakin mengerti macam Aisyah tu dah cerdik.
    Dia nak dilayan sama macam ibu melayan handphone.

    BalasPadam
  4. budak sekarang cerdik.. mereka nak perhatian dari kita..

    BalasPadam
  5. Betul... Setuju dgn entry nie... :) kita kalu boleh.nak bg yg terbaik untuk.anak2 kan kak mar

    BalasPadam
  6. Betul tu. bila balik rumah no gadjet time unless klw ada benda yg penting

    BalasPadam
  7. Lya blm da pglmn lgi..tpi blh d jdikn iktibar

    BalasPadam
  8. setiap detik iu hanya hadir sekali..menjadi memori..

    BalasPadam
  9. aida da apply off kan internet kat phone.
    no notification at all.
    phone and laptop dilarang pegang.
    alhamdulillah aida & asben ok.
    if not, mar, hadap phone aje.
    mana la ijat tak mengikut hadap tab aje :) hi hi hi...

    BalasPadam
  10. setuju....masa yg sedikit luangkan utk mereka...masa yg sgt berharga...

    BalasPadam
  11. singgah syawal.
    tq for sharing

    BalasPadam
  12. memang budak sekarang cerdik..memang kadang2 kita ni leka..pastu nak marahkan anak..sebenarnya anak ni cerminan kita kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code