Zaman suami isteri bekerja, suami tidak boleh mengharapkan isteri sahaja memikul tanggungjawab menjaga anak. Malah, jika isteri tidak bekerja pun.

Biar kita berebut-rebut mencurahkan kasih sayang kita kepada anak-anak. Sudahlah seharian dia bersama pengasuh, takkan bila pulang ke rumah, kita buat endah tidak endah dengan mereka, sedangkan mereka itu permata hati kita.

Bila tiba hari cuti, lebih-lebih lagi cuti lama atau cuti umum, masa inilah yang ibu bapa gunakan untuk mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Bila lagi.

Pada saya, pulang ke rumah selepas waktu kerja bukan masa untuk berehat semata-mata dan bersenang lenang menonton televisyen, tapi masa inilah masa bersama anak-anak.


Jika kita sibuk dengan gajet, jangan marah jika anak kita juga sibuk mengadap gajet..
Jika kita sibuk dengan menonton rancangan televisyen, jangan marah jika anak leka denga menonton kartun..


Apa yang kita lakukan menjadi pemerhatian mereka.


Situasi yang kerap berlaku pada saya,

Sedang asyik melayan WA, tiba-tiba Aisyah ambil smartphone/ tab saya dan berkata, 

"Ibu ni, tak payah la. Letak sini dulu..". 

Dia letak smartphone/ tab saya ke tepi. Jika ada perkara urgent, saya akan beritahu dia, 

"Aisyah, ibu nak mesej Ayah kejap ni." atau "Aisyah, ibu nak telefon nenek kejap"


Anak-anak memerluka perhatian. Adakalanya dia akan mengajak kita bermain bersama-sama. Adakalanya juga dia akan mengajak kita berbual dan bercerita. Betapa indahnya saat-saat berharga ini.





Nota Kaki : Ini adalah dari pengalaman penulis..