Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Open House SBN 2015


Raya dah habis, tapi cerita raya masih berbaki. Tetap mahu abadikan di sini. Sebelum ianya terus basi.

14 Ogos 2015 - Di penghujung Syawal, tempat kerja kami baru ada jamuan sempena Hari Raya. Mula-mula dengar khabar angin, tak mahu buat. Kenapa? I don't know. Tapi, buat juga akhirnya. Kalau dalam department sendiri, memang tak pernah buat apa-apa sebab agak susah sikit di kawasan kami ni. Penuh inspection je, kemudian keadaan office yang tidak mengizinka.

Jam 5 petang, semua berkumpul di car porch. Macam biasalah, haruslah Big Bos berucap dahulu. Bos kami ni singaporean, tak pandai berbahasa melayu pun. Memang kena speaking lah dengan dia ni. Ucapan pendek je, ada selit juga sedikit sebanyak tentang CUT COST. Perkataan paling menyampah untuk didengar.

Selepas itu, bacaan doa selamat dan bacaan doa makan sebelum menjamu selera oleh tuan director.


Big bos..


Juadah yang saya ambil ~ Ambil sedikit sahaja sebab malam nanti ada marhaban pula.


Dah nama open house, haruslah berbaju raya kan. Hehehe.. Di pagi hari, Cik Aisyah tidak puas hati bila melihat saya berpakaian cantik. Dia mahu ikut saya, tidak mahu duduk bersama pengasuh. Melalak-lalak, meraung-raung. Saya pula yang sedih. Bayangkan, dia boleh berlari patah balik ke kereta dan terus mahu membuka pintu belakang kereta. Mahu ikut saya.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak berkelakuan begitu. Sedih wooo...


Sedikit gambar untuk dikongsikan..






Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Oh... boss Mar pun macam boss kakak juga Singaporean yg tak tahu bahasa Melayu. Duduk sebelah JB aje pun kan..

    Tapi ok juga ada jamuan raya dah kira ok tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai sebenarnye..staff hampir 200 orang tapi itulah tak sempat nak bergambar dah..

      Padam
  2. Best ada jamuan raya. Pejabat saya pun ada buat juga.

    BalasPadam
  3. Seronok makan-makan jamuan raya. Makan free dapat jumpa kawan-kawan lagi.

    BalasPadam
  4. jamuan raya sebuk berucap cut cost pulak ... potong betui la .....

    BalasPadam
  5. kesian Cik Aisyah beria nak ikut..kalau dah melalak camtu memang hati kita jadi sayu..
    seronoknya ada makan2..:)

    BalasPadam
  6. Sama dengan anak akak lah Mar..
    Bila tengok pakai baju cantik sikit .. mesti tanya ..
    mama gi mana ni.. ada open house ke :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum
    singgah ptg
    hari ini bz sangat x sempat nak BW

    BalasPadam
  8. Dah habis dah jamuan raya... Tunggu raya haji plak.

    BalasPadam
  9. mcm masih dlm bulan syawal je rsnya hehe

    BalasPadam
  10. yang penting ada makan-makan...hehe

    BalasPadam
  11. saya langsung tak ada jamuan
    majikan sekarang memang perkataan cut cost tu, favorite diorang
    alahai...siannya dak aisyah

    BalasPadam
  12. Assalam mar,
    oohooiiii tergoda tengok pinggan itu :P

    BalasPadam
  13. Lah aisyah ingt maknya nak pi jenjalan beraya tu hihi

    BalasPadam
  14. bestla time raya ada macam2 open house..
    sedap2 sokmo makanannya..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code