Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Perjalanan : 37 Minggu


23 Ogos 2015 - Penat? Memang penat jugalah. Kali ke-3 menjalani BSP, ahad lalu. Bacaan darah ada yang cantik, ada yang tak cantik. Salah aku sendiri, waktu makan tak betul. Lewat sarapan. Petang tu pula minum air kelapa mawar. Saja buat experiment, kalau makan itu bacaan jadi apa. Minum itu, bacaan jadi apa. Boleh macam tu?

25 Ogos 2015 - Mujur en.suami hantarkan. Ikutkan aku mahu drive sendiri sebab senang aku nak merewang. Ciss.. Tapi, ada hikmah bila dihantar sebab hujan turun dengan sangat lebat waktu itu. Jika tidak, aku sudah basah kuyup meskipun berpayung.

Temujanji dengan doktor lagi. Scan lagi. Doktor tak cakap apa-apa pun mengenai kandungan aku. Dan aku pun tak tanya apa-apa. Atas dasar itu, aku anggap semuanya OK. Boleh macam tu?

Berat aku tak naik, malah turun. Aku pun tak tahu kenapa. Penat barangkali. Tapi, aku anggap mesin penimbang tu rosak. Atau aku yang kurang makan sejak kebelakangan ini. Makan pun sekadarnya. Bila lapar, aku makan. Minum air masak tu wajib. Tapi, aku sedang berusaha untuk banyakkan makan kurma. Kalau boleh, sehari 7 biji walaupun tidak mencapai angka itu sebenarnya. Kemudian, aku amalkan minum minyak kelapa dara D'Aura. HB aku pun naik, bab yang aku suka.

Laporan yang doktor tulis, meskipun aku tak faham, aku cuba fahamkan juga. Sama je setiap kali checkup.
  • Heart murmur in pregnancy.
  • Echo 0 : Normal.
  • BSP results. Dapat nasihat.
  • Hasil selepas scan. Berat bayi dalam 2.7 kg.
  • Masuk wad : 12 September 2015 jika tidak bersalin lagi.

Kerana experiment yang aku lakukan, temujanji telah ditetapkan minggu depan. Itu pun jika aku belum bersalin.

"Bacaan BSP awak tak cantik ni. Awak kena buat BSP sekali lagi. Minggu depan awak kena jumpa doktor ye. Itu pun kalau awak belum bersalin"

Nangis...T____T

Tapi, aku bersyukur sebab hanya menjalani BSP di akhir trimester. Masuk 4 kali ahad ni. Berbanding, ibu-ibu lain yang terpaksa menjalani BSP di awal trimester. Betapa kuat semangat mereka. Kali ke-4 ni harus buat betul-betul. Mengikut cara makan yang betul.


Amin...


Nota Kaki : Masa Aisyah dulu, selamat keluar ketika 37 minggu 4 hari. Adik dia ni mungkin lambat sikit la kot. Penat..sob..sob..





Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. semoga dipermudahkan ye sis. teirngat pulak saat2 kene checkup stiap bulan. Duduk jauh ngan suami. Checkup pegi sensorang je. kenangan hehehe

    BalasPadam
  2. semoga sihat dan dipermudahkan.. dah dekat dah yea.. take care tau., :))

    6 tanda anak kekurangan zat besi

    BalasPadam
  3. semoga di beri kelancran ya mba amiiin :)

    BalasPadam
  4. didoakan selamat semuanya dan Allah permudahkan apa saja kesulitan...insyaAllah.

    BalasPadam
  5. kalau berat turun biasa org kata dh smpi masa nak beranak...awal ye anak sis keluar 37w.. gudluck sis..nt giliran sy plak hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyeke mila? tak tau pulak ada orang kata macam tu..hehe..

      Padam
  6. Oh... anytime dah boleh menjenguk dunia dah ni Mar
    Masih kuat lagi kerja ye.. apa pun teruskan jaga kesihatan

    BalasPadam
  7. semoga dipermudahkan ye mar..falsya lak yg nebes..hover kan..hehehe

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan ... rajin2 berjalan2 .. buat kerja ... inshaaAllah mudah bersalin nanti ...klu mls baby pun mls jg nk keluar nanti ...hehehe

    BalasPadam
  9. wah, ramai plk mengandung.. nk mengandung juga.. doa2 kan.

    BalasPadam
  10. Dah semakin hampir, Jaga kesihatan baik-baik. Semoga dimudahkan urusan kelahiran nanti.

    BalasPadam
  11. Jaga diri baik-baik. Masanya dah dekat tu.

    BalasPadam
  12. Semoga dimudahkan urusan akak nanti. Kuatkan semangat yea.

    BalasPadam
  13. Pengorbanan ibu dan kegigihan sedari anak dialam rahim lagi..

    BalasPadam
  14. semakin hampir Mar... semoga akan terus dipermudahkan ..amin :)

    BalasPadam
  15. Makin hmpir due sis, moga smuanya d prmudahkn

    BalasPadam
  16. Semoga semuanya dipermudhakan Mar..tak sabar nak tgk baby.. :)

    BalasPadam
  17. skit lagi mar... skit aje lagi to go :)
    sabo ekk...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code