Di hari yang sama, selepas menjamu selera di Open House SBN, sharp jam 6 petang, bergegas pulang ke rumah. Malam itu, lorong kami mengadakan Marhaban dan jamuan raya sedikit. Tidak semua dapat hadir. Hanya disertai 6 keluarga. Tapi, hanya naik 4 buah rumah. Itupun sudah cukup meriah. Mana tidaknya, bukan mudah untuk bermuafakat seperti ini.
Bangun pagi sebelum subuh untuk merebus nasi impit segera. 4 bungkus juga saya rebus. Bukan apa, takut tak cukup.
Bila dah rebus, baru perasan nampak banyak. Erkkk..
Selepas Isyak, berkumpul di rumah pertama iaitu jiran hadapan rumah kami.
Dimulakan dengan rumah depan tu
Rumah ke-2 ~ Rumah kami. Jemput minum air ye, basahkan tekak.
Rumah ke-3 ~ Jiran sebelah rumah. Dapat air kotak sorang satu.
Rumah terakhir, corner lot.
Cik Aisyah kusyuk menonton kartun di rumah orang..
Banyak makanan yang terhidang. Oleh kerana saya sudah makan di kilang tadi, agak sedikit juga saya makan kali ini. Ada sate, nasi impit berlaukkan ayam masak merah dan sayur goreng, roti jala cicah kari ayam dan mihun goreng. Sedikit buah-buahan dan lengkong sebagai pencuci mulut.
Makanan yang berlebihan kami bungkus dan bahagi-bahagikan kepada keluarga yang hadir. Boleh buat lauk untuk keesokannya. Jimat.
Masa macam inilah kita dapat berkumpul bersama-sama. Berbual, berkenal-kenalan. Sudah nama hidup berjiran. Sedar tak sedar, jam sudah 11.30 malam. Maka, beransurlah kami. Kalau mahu menunggu abang-abang kita berborak, sampai esok pagi pun tak habis.
15 Ulasan
alhamdullilah
BalasPadamYe Mar masih ni lah nak meluangkan masa dgn jiran tetangga..
BalasPadamhari2 kerja memang tak sempat..
balik terus bekerja ke dapur jer :D
best jugak ekk marhaban dari rumah ke rumah.
BalasPadamso far kejiranan aida x buat marhaban.
maybe next year nak suggest la :)
seronok sebenarnye kan...selain dpt erat silaturahim , dpt jugak borak2 sambil makan2..... lieya suke suasana kejiranan mcm nie..... lagi pun kalo hari biase2 sibuk kerja keluar masuk umah...time raya ni laa peluang nak berkumpul mcm nie....
BalasPadamwahhh bestnya aktiviti mcm ni
BalasPadamSeronok marhaban lorong macam ni. Boleh eratkan silaturahim dengan jiran-jiran.
BalasPadamSemoga acara sebegini dapat diteruskan selalu. Dapat kenal jiran-jiran dengan lebih dekat lagi.
BalasPadamSaya suka part-part jalan-jalan marhaban. Bagus buat macam begini.
BalasPadamSelalu kat kampung Nani ada marhaban ni
BalasPadamAlhamdulillah.. Seronoknyaa..saya duduk di kampung, jadi marhaban meriah sgt dan dibuat pada hari raya kedua, ramai dan 2 hari jugak baru habis. Letih tp seronok, time ni laa berkenal-kenalan dengan semua orang.. Heee
BalasPadamwahhh.... bestnyaaaaa
BalasPadamseronoklah camtu
BalasPadamtaman saya ni buat perjumpaan raya
mungkin lain kali boleh usulkan buat marhaban plak =)
Assalam mar,
BalasPadamalhamdulillah
bagus program macam ni :)
Sronoknya da aktiviti marhaban mcm ni..
BalasPadambestnya.. kat taman rumah CT ni ada buat open house perdana je..
BalasPadammmg riuh sungguh.. sronok =)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.