Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Perjalanan : 35 Minggu


Saya ada kongsikan kisah checkup 33 minggu di entri lepas-lepas. Akibat berat badan naik mendadak, saya diminta untuk mengambil tekanan darah setiap hari selama 3 ahri berturut-turut. Kemudian, selang sehari pula. Itu pun ada sehari saya miss. Bacaan yang lain ok je. Ok lah tu kan.


Rekod tekanan darah selama 6 hari.


9 Ogos 2015 - Ambil bacaan darah (BSP). Bacaan ada naik turunnya. Lepas ambil darah jam 12 tengahari, saya yang malas masak telah mencekik McD lebih kurang jam 1 petang. Bila melihat Cik Aisyah sedap menyedut air pepsi, terliur juga. Sedut juga tapi tidaklah hingga habis 1 cup. Betul, saya tak tipu. Kenyang pekena McD, duduk-duduk sambil menonton televisyen dan akhirnya terlelap sekejap.

Bacaan darah saya pada jam 5 petang adalah 8.0! Naik mendadak hanya kerana saya makan McD dan minum minuman bergas yang beberapa sedut.


11 Ogos 2015 - Temujanji dengan doktor di KK Masai. Kali ini dengan seorang doktor perempuan berbangsa cina. Seorang doktor yang sangat baik. Tidak lokek ilmu. Ada sesetengah doktor seolah tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan yang saya ajukan.

Saya dinasihati agar menjaga pemakanan. Tidak boleh ambil minuman bergas, bersusu dan segala makanan yang manis. Lihat saja bacaan darah saya tu, baru ambil sedikit makanan manis, bacaan sudah 'tidak cantik'.


Rekod bacaan BSP ~ Ada naik turun.


Hasil scan, bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Kepala sudah di bawah. Air ketuban, ok. Berat bayi pula 2.4kg. Normal, tidak besar.

Maka, bermulalah checkup seminggu sekali pula selepas ini. Gigih lah saya ke KK Masai. Temujanji harus ditepati bagi mengelak sebarang kemungkinan. Mujur tempat kerja saya ni mudah untuk keluar. Ini pun saya perlu behati-hati memilih tarikh agar kerja-kerja pejabat tidak terganggu.


Temujanji yang harus dihadiri ~ chewah..


Oleh kerana saya disahkan ada kencing manis di akhir kehamilan, tarikh kelahiran bayi dalam kandungan tidak boleh lebih dari due date. Bermaksud, jika saya tiada tanda-tanda mahu bersalin sehingga 12 September 2015, tarikh yang sama, saya perlu ke hospital, bawa beg pakaian terus. Itu arahan doktor.








Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. akhir2 kehamilan ni kena hati2 xnak sangkut pape.hehe..semoga dipermudahkan ye sis

    BalasPadam
  2. salam singgah,semoga dipermudahkan oleh allah swt

    BalasPadam
  3. semoga sihat selalu :-)

    BalasPadam
  4. Assalam Mar, sihat? hope selamat sampai melahirkan... take care mak yong!

    BalasPadam
  5. ha betul tu apa yg mila komen..akhir2 kehamilan kena jaga2..
    semoga dipermudahkan ye

    BalasPadam
  6. alamak tingginye gula naik..take care okayh mar..moga dipermudahkan..

    BalasPadam
  7. singgah sini..wah,dah tak lama lagilah.moga dipermudahkan nanti ye.

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan buat ibu dan baby nanti.
    aamiin
    jaga diri ye akak :)

    BalasPadam
  9. Lma nye x jengah sni sorry ke bzian..
    Eh sat je dh 35w kn smga smua nya slmt

    BalasPadam
  10. semoga segalanya dipermudahkan aminn

    BalasPadam
  11. semoga semua dipermudahkan.. banyak-banyakkan berdoa ye... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    BalasPadam
  12. X lma lgi tu sis, jaga pemknan.jgn mkn yg manis sgt.elok mkn yg pahit2

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code