Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Isteri Dituduh Queen Control?


Saya pasti ramai yang melalui situasi macam ni. Dan saya tahu juga, tidak ramai wanita yang mempunyai suami sebegini. 

Klik untuk lebih jelas ~ Printscreen dari FB


Bila si suami dengan rendah diri, ringan tulang melaksanakan segala keperluan anak dengan memandikan, memakaikan baju, memberi susu dan makan, mulalah ada suara-suara sumbang yang berkata-kata. Isterinya seorang QC! (Queen Control).

Saya tidak mendambakan suami sempurna, tapi saya sudah cukup bersyukur. Anak saya agak rapat dengan saya sebab dari kecil dia lebih banyak masa bersama saya. Suami pula, kerja lebih masa hampir saban hari di atas faktor tanggungjawab dan tugas.

Bila suami sudah berpindah ke tempat kerja lain, masa ada bersama anak tidak disia-siakan. Dia akan turut membantu saya bilamana dia melihat saya sedang mengerjakan solat atau sedang sibuk di dapur. Tapi, saya lebih rela memikul tanggungjawab menjaga anak sebab pada saya, bila lagi? Sanggupkah saya tidak melayan anak sendiri yang semakin hari kian membesar?

Sepanjang 3 tahun anak saya membesar, saya belum mengalami situasi dicap QC lagi walaupun saya bekerja dalam department QAQC. Akekeke..








Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alhamdulillah syukur sbb dikurniakan suami yang sentiasa membantu di dalam apa jua situasi

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah jika suami ringan tulang membantu..QC itu terjadi bila si isteri mengambil kesempatan atas keperihatinan suaminya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. ramai isteri yg suka ambil kesempatan. dia x sedar dia dah jadi QC. kalau tak caya cuba laki tegur isteri. kalau isteri melawan balik sah2 dia dah jadi QC

      Padam
  3. syukur dapat suami yang ringan tulang..yg berat tulang sikit pun kadang2 kena sound jugak.org laki ni kadang kita kena bagi arahan..baru depa buat..sy bukan QC ya!cuma nak suami sama2 rasa tanggungjawab jaga anak.haha..

    BalasPadam
  4. Besyukur dpt suami yg ringan tulang, setakat ni x pernh lgi d cop QC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada suami berani ckp isteri QC, mau jadi perang dunia kahkah

      Padam
  5. kita kan sama2 jaga anak.
    apa nak di cop queen control?
    lelaki zaman skang ni semua sporting & supporting, mar.
    mcm asben aida, dia cekap uruskan anak2, lebih dari aida.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus la cerita kat blog nanti kawan2 suami tahu yg suami takut bini. kahkahkah

      Padam
  6. Yang kata queen kontrol tu mesti laki pemalas. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. laki bukan pemalas sebenarnya. cuma laki tanak jadi 'bini' bila buat keje rumah. si isteri pula bukan reti jaga muka suami habis diceritakan perangai suami konon suami caring suka tlg isteri kat rumah. malu la dgn jiran/kawan yg suami cam bapok.

      Padam
  7. insteri kalau dapat control suami mula la dia fikir nak jadi bos. suami malas nak gaduh tade faedah buat malu jiran je. last2 sekali suami kuar gi lepak dgn kawan2. balik rumah dapat ceramah free. sbb tu laki tumbuh uban banyak. ramai yg kena sakit jantung sbb stress. pompuan ni tau nak senang je. bila kena tinggal dek suami baru tau langit tinggi rendah. sbb tu isteri suka sgt kalau laki ringan tulang. senang nak buat kuli.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code