Majlis 3 Dalam 1

By Mar Mansor - 8:30 PG


Eh masih berkisar "Hari Raya". Tak habis-habis cerita raya ke?? Undangan dari seorang kawan lama. Majlis hari jadi, aqiqah merangkap open house.

Lokasi di flat LPG air biru, pasir gudang. Kami singgah sekejap saja sebab sudah lewat petang. Tapi, tetaplah makan juga. Saya makan mi rebus dan ratah daging kambing masak manis.

Untunglah birthday hero-hero dalam 1 bulan, sambut sekaligus je. Yang sulung berumur 3 tahun, manakala yang ke-2 berumur setahun.



Sebelah khemah, ada taman permainan. Cik Aisyah hanya pandang dari jauh melihat kanak-kanak lain bermain permulaannya. Enjin belum panas. Habis juga suku mangkuk mi kuning dia makan. Kemudian, minta air. Bila kanak-kanak lain sudah beransur, dia tarik tangan ayah, ajak main gelongsor.

Dia jarang bermain di taman permainan. Mana kan tidak, ibu dia balik kerja sudah jam 6 petang. Memang tak dan bawa dia bermain sebab dalam kepala dok ligat fikir menu apa nak masak untuk juadah makan malam.

Walaupun sudah 3 tahun lebih, dia tetap perlu berteman ketika bermain.





  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. seronok kan anak kecil2 ni,,, banyak telatah nya membuat kita sering kali tertawa saat bersedih,, mesti akan rindu saat mereka masih kecil nanti,, cepat sungguh masa berlalu,,

    BalasPadam
  2. Hehe...seronok dia ye sekali sekala main gelongsor..

    BalasPadam
  3. hi aisyah humaira...best kan dapat main gelongsor..anak2 acik pun suke sgt..pantang tengok papan gelongsor..

    BalasPadam
  4. Qaisara pun sama kena berteman..bagus jgk mcm tu..xde la berani sgt..huhu

    BalasPadam
  5. happy sungguh aisyah dpt main kat play ground..

    BalasPadam
  6. Seronok buat majlis gabungkan semua sekali.

    BalasPadam
  7. Seronok anak-anak main permainan kat play ground.

    BalasPadam
  8. Suka anak-ank dapat main macam-macam.

    BalasPadam
  9. aisyah saya lain plak
    kalau dah main, lupa dah mama dia =)

    BalasPadam
  10. Assalam mar,
    haaaa
    3 dalam satu tu
    senang kekdahnya he3

    BalasPadam
  11. seronoknya main gelongsor tu, teringat anak kak ana masa kecil2 dulu panggil gelongsor tu locok-locok haha :)

    BalasPadam
  12. Jimat btl bli kek sebijik cukup hhehe..buat mjls serentak

    BalasPadam
  13. sukalah anak2 main2 kan.. hhe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.