Sejak kebelakangan ini, perasaan sudah tidak menentu. Hati mudah benar tersentuh. Bila rasa sedih, airmata laju meluncur di pipi walhal perkara kecil yang tidak logik dek akal. Belum lagi bilamana menatap wajah anakanda nan seorang. Lagilah sedih berganda-ganda.

Bila ada yang tak kena, marah mudah bertandang. Bengang. Menyampah. Kadang-kadang berdiam saja untuk mengelakkan perkara yang tidak elok. Sedangkan hati rasa panas membara. Entahlah, kenapa.

Di tempat kerja pula, kalau boleh sudah tidak mahu mendengar sebarang arahan. Kalaulah boleh, jangan attention nama aku langsung, jangan hangout aku, jangan telefon aku. Boleh gitu? Beginilah rasanya bila dalam tempoh menunggu hari. Hati meronta-ronta untuk cuti. Kalaulah cuti aku banyakkkkk. Sob sob.

Tapi, redha sajalah. Sudah dinamakan kerja. Kerja tidak akan pernah habis. Selagi kau bernyawa..

Buat masa sekarang, aku mahu tumpukan kerja-kerja yang sedia ada dan selesaikan semampu mungkin. Tak mahu dengar mengenai tugasan yang mendatang. Tak mahuuuuuu...


salah satu komen yang mengujakan..

"kalau berat turun biasanya orang kata dh smpi masa nak beranak..."



Nota Kaki : Entri autopublish memanjang..