Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Perasaan Tidak Menentu


Sejak kebelakangan ini, perasaan sudah tidak menentu. Hati mudah benar tersentuh. Bila rasa sedih, airmata laju meluncur di pipi walhal perkara kecil yang tidak logik dek akal. Belum lagi bilamana menatap wajah anakanda nan seorang. Lagilah sedih berganda-ganda.

Bila ada yang tak kena, marah mudah bertandang. Bengang. Menyampah. Kadang-kadang berdiam saja untuk mengelakkan perkara yang tidak elok. Sedangkan hati rasa panas membara. Entahlah, kenapa.

Di tempat kerja pula, kalau boleh sudah tidak mahu mendengar sebarang arahan. Kalaulah boleh, jangan attention nama aku langsung, jangan hangout aku, jangan telefon aku. Boleh gitu? Beginilah rasanya bila dalam tempoh menunggu hari. Hati meronta-ronta untuk cuti. Kalaulah cuti aku banyakkkkk. Sob sob.

Tapi, redha sajalah. Sudah dinamakan kerja. Kerja tidak akan pernah habis. Selagi kau bernyawa..

Buat masa sekarang, aku mahu tumpukan kerja-kerja yang sedia ada dan selesaikan semampu mungkin. Tak mahu dengar mengenai tugasan yang mendatang. Tak mahuuuuuu...


salah satu komen yang mengujakan..

"kalau berat turun biasanya orang kata dh smpi masa nak beranak..."



Nota Kaki : Entri autopublish memanjang..




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. PC nak bagi pendapat belum berpengalaman mengandung dan melahirkan..tapi ikut pengalaman kawan2...biras dan ipar...bila muka mula sembab..tapi bengkak dikaki surut kena stand by..

    BalasPadam
  2. normal kot bila mengandung tu emosi sikit.kite dlu pun mengandung nk akhir2 manja lebih dengan husband, silap ckp sikit merajuk.good luck ye

    BalasPadam
  3. normal la tu..kte pon kdg2 stress tp apakan daya temouhi dengan senyuman

    BalasPadam
  4. Takpe Mar..deaktkan diri dengan Allah insyaALLAH emosi ibu mengandung Allah akan jaga..aida pun hari tu berat turun atau maintain,esok lusa bersalin dah..hihi/Semoga semuanya selamat ye..

    BalasPadam
  5. Biasalah tu....hormon tak stabil namanya, dengan perasaan yg tak keruan nak melahirkan gitulah kot. Sekarang dah lega pun kan..

    Selalunya bila berat tu tak bertambah, maintain sama, dah nak beranaklah tu namanya

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code