Seni mempertahankan diri merupakan satu aktiviti sihat. Bagus join. Badan sihat, ilmu dapat, warisan turun-temurun lagi. Tapi, dunia pencak silat sekarang seakan suram. Pelik lah. Anak-anak muda seolah tidak berminat untuk menceburkan diri. Bayangkah jika ilmu silat ini hilang begitu sahaja.
Apa yang saya tahu ilmu silat merupakan ilmu turun temurun dan seorang guru silat itu tidak akan turunkan ilmu silat yang dia ada 100% kepada anak-anak buahnya. Pasti! Yang terpillih sahaja (macam cerita kat tv tu). Ilmu sebegini yang penting adalah hati dan cara pembawakan seseorang. Niat menuntut ilmu untuk apa bukan bertujuan tidak baik.
Jahit logo LIANPADUKAN dengan tangan je. Malas nak keluarkan mesin jahit.
Baju silat ini milik en.suami. Perlu memakai baju ini dalam latihan. Jenis kain tebal dan tahan lasak. Tidaklah seluar koyak ketika beraksi. Teringat filem Pendekat Bujang Lapok. Kahkah..
Saya suka en.suami belajar ilmu beladiri ini. Sebab saya sangat minat akan dunia persilatan. Bangga sangat dengan "orang-orang lama" yang pandai berpencak silat. Novel Saga Takluk Jagat berulang kali baca termasuklah Laksamana Sunan yang bersiri-siri tu.
SEJARAH LIANPADUKANLian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk ‘menyiasat’ kehebatan Syed Abdul Rahman.Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).Sumber : wikipedia
9 Ulasan
singgah pagi
BalasPadamBagus juga ada ilmu silat ini Mar
BalasPadamAisyah bolehlah belajar dgn ayahnya.
Seronoknyaa belajar silat
BalasPadamfalsya lg prefer silat dari tekwando..
BalasPadamzaman sekarang nie xramai yg nak belajar silat..lg bgs main game katenye...harap2 silat nie xpupus dek zaman..
jalan2 here :)
BalasPadamhttp://sweettyra.blogspot.com
wah...baguslah tu mar
BalasPadamsaya adik lelaki yang cukup minat dengan ni
Assalam mar,
BalasPadambetoi
lelaki & perempuan penting sekarang ni blajor seni pertahankan diri kan3
Silat x prnh lgi bljr klau karatedo prnhla
BalasPadamfuiyooo CT mmg tabik spring org2 yg ada skill macam ni..
BalasPadamdulu ada pegi kelas tekwando.. lepas 2 kelas terus lari hehe..
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.