Saga Takluk Jagat

By Mar Mansor - 4:37 PTG

Mata masih lagi segar tatkala jam di dinding menunjukkan ke angka 11. Suasana di dalam rumah sudah sepi. Bidadari kecil sudah lama lena dibuai mimpi. Dia tidur mengiring ke kanan membelakangiku. Bidadara pula sudah berdengkur. Dengkuran seakan kerbau di bendang.

Tik tak tik tak..bunyi halus itu kedengaran dari jam di dinding. Ternyata memang sunyi benar suasana dalam rumah. Di tambah pula rasa dingin dari kipas angin yang berputar di atas kepala.

Aku bingkas bangun berikutan mata yang tidak mahu lelap. Perlahan-lahan melangkah melangkaui pintu bilik yang terbuka. Novel 'Saga Takluk Jagat' kucapai. Entah kali keberapa buku itu kucapai namun tidak habis lagi kubaca. Pelbagai kerja sebagai suri perlu kubereskan sebelum aku mampu duduk senang lenang.

Berbaring di sofa berwarna coklet, mencari posisi yang selesa untuk membaca. Helaian demi helaian kuselak dan aku mulai tenggelam dalam dunia pendekar semana yang tertulis dalam novel hampir 2 inci itu. Aku semakin asyik dan tanpa sedar aku terlelap.


Saga Takluk Jagat



Novel epik yang ditulis oleh seorang penulis bernama Zaki Zainol. Sepertimana yang telah diulas oleh Fadliakili .




Nota Kaki : Novel pertama pun belum habis baca..

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.