Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ikan Cencaru Bakar Atas Kuali & Sotong Goreng Tepung Rangup

Assalamualaikum

Ikan Cencaru Bakar Atas Kuali & Sotong Goreng Tepung Rangup | Kisah semalam (6.3.2013) - Segala perasaan negatif saya tolak tepi. Perasaan yang tak best dari tempat kerja. Banyak kerja pending. Huhuhu..

Keluar dari tempat kerja, terus ke rumah pengasuh. Dalam kotak fikiran, terbayang keletah Aisyah yang semakin ligat. 


Aisyah yang rajin buat sepah,
Aisyah yang tidak puas hati dengan susun atur segala peralatan di rumah,
Aisyah yang kononnya rajin membantu ibu,
Aisyah yang bengang bila ibu terlelap di sebelahnya,
Aisyah yang merengek bila ibu meninggalkannya,
Aisyah yang suka merempuh ke dapur kemudian ketawa suka dan meluncur laju bila dikejar,
Aisyah yang suka meluru ke bilik apabila ibu membuka pintu bilik..
Aisyah yang sudah laju merangkak!!
Juga Aisyah yang sudah memanjat-manjat!!




Resepi ikan cencaru bakar.

Bahan-bahan :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit
- Halia
- Garam
- Aluminium foil.

Cara :
- Bersihkan ikan cencaru, belah tengah.
- Tumbuk segala bahan di atas hingga lumat.
- Sumbat bahan yang ditumbuk tadi ke dalam belahan ikan.
- Perap semalam (untuk rasa lagi sedapppp).
- Bungkus ikan cencaru yang telah disumbat ke dalam aluminium foil.
- Bakar hingga masak.


Resepi Sotong Goreng Tepung.

Bahan-bahan :
- Sotong (ikut suka korang berapa banyak).
- Serbuk kunyit.
- Serbuk lada hitam.
- Garam.
- Telur.
- Tepung gandum.
- Serbuk soda bikarbonat.
- Minyak masak.

Cara :
- Bersihkan sotong dan potong (jangan terlalu tebal).
- Perap bersama kunyit, serbuk lada hitam dan garam.
- Pecahkan telur dan kacau.
- Masukkan sotong ke dalam telur.
- Tuang tepung gandum ke dalam bekas.
- Masukkan 1 sudu kecil soda bikarbonat ke dalam tepung, kacau.
- Panaskan minyak masak.
- Masukkan sotong ke dalam tepung dan goreng hingga garing (Sedap dan rangup).


Ini je lah yang saya sempat masak. Sambil menjaga Aisyah yang sememangnya tidak pandai duduk diam. Sambil memasak, selingan pula dengan Aisyah yang mahu minum susu. Aisyah yang mahu bermain-main dengan ibu. Aisyah yang memerhatikan ibu dari walker orennya sambil melambai-lambai (tak lepas nak masuk dapur gara-gara ada penghadang).





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betul tue..waima sesibuk mana pun kita tapi keluarga jgn sesekali kita abaikan..baru la boleh harmoni kan.. =D

    BalasPadam
  2. betul2. setuju dgn nota kaki u...
    salam singgah dan follow... :)

    BalasPadam
  3. betul2. setuju dgn nota kaki u...
    salam singgah dan follow... :)

    BalasPadam
  4. Anak adalah anugerah terindah..walau penat macam mana pun kena pujuk hati bersabar..hari2 4-5 kali kena kemas rumah pun sabarrr jelahkan..hihihh

    BalasPadam
  5. Kuali pun jadilah. Hidup mesti kreatif. Ditambah open-minded..tentu saja nampak banyak alternative.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code