Aisyah Humaira 10 bulan + 3 minggu
Mencorakkan
sehelai kain putih bukannya sesudah bayi lahir ke alam dunia, tetapi
dari mula kita berniat untuk menyemainya.
Bermula
dengan bacaan doa sebelum melakukan hubungan intim suami isteri.
Kemudian, apabila seorang isteri telah disahkan hamil, maka proses
mendidik bayi sejak dalam kandungan pun bermula.
Tatkala
usia kandungan menginjak 6 bulan, otak bayi sedang bekembang dengan
pesat. Aktiviti ibu hamil juga banyak
mempengaruhi bayi dalam kandungan. Sekiranya mahukan anak bijak dalam
matematik, buat lah latihan matematik. Banyakkan membaca bahan-bahan
yang berfaedah.
Menurut
penelitian ilmiah, bayi dapat dididik sejak dalam kandungan kerana
selama dalam kandungan, otak dan deria pendengaran mereka sudah mula
berkembang. Deria pertama yang mula berfungsi ialah pendengaran
ketika kandungan berusia 7 bulan. Bayi sudah boleh mendengar. Mulai
mengenal suara ibu, ayah, dan orang sekeliling. Semua bunyi
disekeliling kita akan dapat didengar olehnya. Perkara yang
mempengaruhi otak dan deria pendengaran adalah emosi dan perasaan ibu
samada ibu gembira, sedih atau marah. Jadi sebaik-baiknya ibu perdengarkan sesuatu yang baik untuk bayi. Contohnya bacaan ayat Al-Quran. Sekiranya seorang ibu sering membaca Al-Quran sepanjang
tempoh kehamilan, bayi akan lebih terbiasa dengan suara ibunya dan
bacaan ayat Al-Quran.
Elakkan
stress kerana stress boleh mempengaruhi perkembangan bayi. Perkara
sebegini mungkin dapat dilihat setelah bayi dilahirkan, atau ketika
menbesar
Secara
tidak langsung, dalam pada seorang ibu mendidik anaknya yang masih
dalam kandungan, dia juga turut mendidik dirinya sendiri.
Perkara-perkara
yang digalakkan oleh seseorang yang bakal bergelar IBU :
- Berfikiran positif dan melawan emosi diri.Berusaha menjaga keharmonian dan menghindari konflik dengan pasangan. Insya Allah akan melahirkan bayi-bayi yang kuat. Sebaliknya apabila ibu berfikiran negatif dan tidak berusaha menghindari konflik, maka akan lahir bayi-bayi yang lemah dan akan mempengaruhi emosi mereka.
- Balasan dengan menepuk perlahan.Boleh dilakukan apabila ibu merasakan tendangan si kecil. Balaslah dengan tepukan halus. Bayi akan dapat memahami, setiap tindakan yang dilakukan akan mendapat respon dari ibunya.
- Selalu berbual dengan bayi.Semakin kerap ibu berbual, semakin cepat bayi belajar kerana bayi dapat mendengar segala yang sisampaikan oleh ibunya.
- Perbanyakkan ibadah.Seseungguhnya pengalaman mengandung selama 9 bulan itu adalah sebuah anugerah yang amat besar. Tidak semua wanita dapat mengalami pengalaman ini, maka bersyukurlah. Perbanyakkan ibadah dengan mengaji dan melakukan perkara-perkara sunat yang lain.Amalan membaca Al-Qur'an bukan hanya tertumpu pada surah-surah tertentu, tapi sebaiknya membaca keseluruhan al-Quran sepanjang tempoh kehamilan.Surah-surah yang digalakkan dibaca ketika hamil boleh dibaca lebih kerap.-Surah Yusuf digalakkan dibaca sewaktu usia kandungan 16 minggu atau 4 bulan. Ketika ini, janin mula terbentuk, dan roh ditiupkan.-Surah Luqman pulak dibaca sewaktu usia kandungan 24 minggu atau 6 bulan.Ketika ini, otak bayi mula berkembang dengan pesat.-Surah Maryam sewaktu usia kandungan 36 minggu.Waktu ini bayi semakin matang dan bersedia untuk lahir, dapat menanamkan roh tauhid, memberi kekuatan pada ibu untuk menghadapi saat kelahiran dan dipermudahkan proses bersalin.
- Makan makanan yang halal dan berkhasiat.Perbanyakkan makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi, minum susu untuk menambahkan kalsium dalam badan berikutan za-zat ibu yang diserap oleh bayi mereka. Elakkan minuman berkafein (tidak kerap) dan merokok.
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan'. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam, ayat 23-25).
Wallahuaklam...
Nota Kaki : Semakin dekat kita padaNYA, semakin kita akan rasa BERSYUKUR..
2 Ulasan
Kena istiqamah baru berkesan kan... good info :D
BalasPadamInsyaAllah..yakin denganNYA..
PadamThanks sudi singgah..
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.