Perancangan kami, kami akan pulang petang sabtu tu sebab Aisyah bersekolah pada hari Ahad kan. Tak sangka, usai azan Zohor hari sabtu tu nenek menghembuskan nafas yang terakhir. Terkejut saya dengan kehilangannya sebab saya berada di bangku luar bersama Alif, baru lepas jenguk nenek lebih kurang 10 minit lepas.
Segala urusan memandikan dan mengkafankan pihak hospital yang uruskan. Anak-anak perempuan nenek bersama-sama membantu memandikan dan mengkafankan nenek. Alhamdulillah. Kemudian, jenazah nenek dibawa pulang ke rumahnya. Solat jenazah dilakukan di rumah arwah. Jenazah dikebumikan selepas Asar.
Segala urusan dipermudahkan. Sekelip mata, nenek sudah pergi meninggalkan kami. Nenek sakit tua. Selepas pemergian nenek, emak ada bercerita tentang nenek yang menghadapi 100 hari sebelum pemergian. Nenek dapat rasa ajalnya kian hampir. Moga nenek ditempatkan dalam golongan yang beriman.