Proses penceraian lampin Aisyah belum tamat. Meskipun dia sudah pandai cakap "nak kencing" waktu usianya 2 tahun 10 bulan dan tidak perlu berdiaper di siang hari. Tapi itu saat matanya terbuka luas. Bila tidur? Masih perlu dipakaikan diaper. Hingga kini, waktu tidurnya 'ditemani' diaper.
Mulalah saya mendapatkan tip-tip dan pengalaman orang yang lebih berpengalaman. Kakak sepupu saya ada memberikan tips.
- Sebelum tidur, perlu buang air kecil dahulu.Alas tempat tidur dengan plastik.
- Bila anak 'terbuang', dia akan bangun sebab tak selesa. Basah. Angkat terus ke bilik air dan mandikan sebab sudah berlumuran air kencing.
- Bila sudah terkena sekali, dia akan takut dan akan bangun setiap kali 'terbuang' dan mahu kencing.
Pinjam dari Google ~ Amboi baby ni menonggeng
Ibu bapa pula harus kuat dari segi mental dan fizikal. Mana tidaknya, harus bangun malam untuk memandikan anak yang sudah basah kuyup.
Cara ini kelihatan kejam tapi inilah yang kakak sepupu saya lakukan terhadapa ketiga-tiga orang anaknya. Saya belum praktikkan lagi. Sedang mencari kekuatan untuk mempraktikkannya.
27 Ulasan
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi
sue slow2 tak pakaikan anak diaper malam2, terpaksa basuh cadar dan basuh tilam dgn air panas yg kena kencing anak. alhamdulillah dalm 5-6 kali terbabas lepas tu dah ok.
BalasPadamHuhu..Perent mmg kena brkorban dlm tempoh training ni..Kami dulu pun sama..huhu
BalasPadamanak el yg no. 3 tu dah 4 tahun baru free diapers
BalasPadamtu pun jenuh gak..pandai ckp tp tu bab kencing ok..bab berak tu dia xmau berak kat toilet..nak berat lam diapers tu gak..so slow2 lah
then kencing malam pulak..jenuh ritu bkn sekali 2x lak tu..lain2 bilik huhuhu
then sejak tu duk marah2 dia..dah x bg mnm waktu malam..susu pun malam x bg..nak tido je suh dia kencing..at least sekali je bgnkan dia kencing..so far dah ok huhu
el ni ngan anak kecik lg..mmg penat giler2 sbb kita je yg nak handle semua tu kan
aisyah tengah tidur dia kejut saya nak susu..tak sampai hati pulak tak bagi..sob2..
Padamaisyah saya baru tahun ni completely tak pakai diaper
BalasPadamtapi memang perlukan kesabaran
saya buat yang sebelum tidur ke tandas dulu
lepas tu aisyah saya jenis terjaga malam minta susu, so sebelum buat susu
saya suruh kencing dulu
alhamdulillah, okay dah sekarang
cuma saya perhatikan dari 2 orang anak yang saya ada, dua2 lain =)
itulah kadang-kadang pagi jam 2, 3 tu dia mintak susu..
Padamvery2 nice tips...lieya pun dlm proses ke arah ni tuk dayyan.... kalo siang tu okey.... tang malam time tdo tu mmg mencabar.... lemah lutut kalo tgk tilam basah ...jenuh nak angkut gi jemur hohohohoho
BalasPadamnanti boleh praktikkan pada awfiyah bila dia dah besar skit
BalasPadamsy pun beli dpt kekuatan lg nak cerai lampin Malam..siang Afia dah cerai lampin..kt rumah pengasuh pun tak dapat kekuatan lagi..takut orang takmau hadap pulak potty train dia..tgok la bagi masa sampai Afia dua tahun setengah
BalasPadamafia baru 2 tahun setengah kan..salute abis
PadamAssalamu'alaykum dan Salam Ukhwah (^____^)
BalasPadamIs folo di #804
good tips! :))
BalasPadambagus ni :D
BalasPadamwah, sy pon nk try jgk la nnt..tp tulah, umur ank berapa ye baru seswai? hihi
BalasPadamikutkan umur belum capai 2 tahun boleh ajar tak pakai diaper..semuanya terpulang pada kecekalan hati masing-masing..
Padamnak try ke anak kecik lg..boleh guna tips nie nnt..hehe
BalasPadambgs jgk tips nih... sbb mmg nk cube bg aiyan tak pakai lampin... dh nk msk 4thn dh....
BalasPadamtp diri sendiri tuh kuat ke tak kot2 dia terbeser mlm2 basah tilam n siang2 hari tuh
nak masuk 4 tahun, harus kena cekalkan hati
PadamTapikan Mar anak lelaki ngan pompuan sangat berbeza tp tu ikut pengalaman okjelah.... Yg lelaki tu sampai besar masih berdiaper . Yg pompuan lebih cepat cerai diapernya....
BalasPadamsetiap anak berbeza kan..kena cekalkan hati lalui semua tu
PadamKathy memang amalkan macam ni mar.. Akan biasakan anak ke tandas sebelum dia tidur.
BalasPadamIjat lom dpt cerai diaper.
BalasPadamha ha ha ibu ijat xde time nak test :-)
Will try kot. Next month ijat dah 3 thn...
Assalam mar,
BalasPadamhe3
my boboy dah 3thn 5bln dok tak free diapers lagik
ritu dah separa free untuk waktu siang
pehtu dah terpakai balik pulop :P
Good info... :)
BalasPadamtgk my anak buah tu , my kakak tak paksa . budak tu pandai sendiri ...
BalasPadamAnak saya baru free diaper, Mar. Itu kira dah lambat jugalah, nak masuk 4 tahun bulan Nov nanti. Untungnya saya, anak saya kalau tak pakai diaper pun, dia tak selalu pee. Kalau nak pee of course dia pandai buka seluar dan lari masuk bilik air sendiri. Dah besar katanya. Malam pun jarang terbabas sebab dia kurang kot minum susu sekarang ni. Tapi memang saya suruh pun pee siap-siap kalau nak tidur. Cuma bila tertidur masa tengah bermain itu aje yang buat berdebar Mummynya takut kena bangun malam *_*
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.