Raya tahun ni memang perlu cat rumah. Mana tidaknya dinding sudah penuh dengan hasil seni anak dara. Lagipula, dinding sudah mula berkulat. Cat asal kan warna putih coating gitu je. Masa masuk rumah lebih 3 tahun yang lalu, tak sempat nak mengecat sebab seminggu lepas kami pindah, saya sudah selamat melahirkan puteri sulung kami.
Ketika itu, berpindah kerana rumah sewa kami agak tidak selesa jika ada anak kecil. Dan kebetulan rumah kami pun baru je siap, segala kunci sudah dapat. Meter api dan air juga sudah pasang. Dan kami hanya membuat pemasangan grill dan tinted sliding door demi keselamatan. Kebetulan juga barisan rumah kami sudah ada keluarga yang pindah, terburu-buru juga pindah demi anak yang bakal dilahirkan.
Bersemangat Cik Aisyah membantu
Perancangan asal, sebelum masuk bulan Ramadhan sudah siap. Tapi, dek aral yang mendatang, terpaksa tangguh-tangguh, tong cat terbiar di bilik belakang hinggalah 2 hari lalu baru dapat menjalankan proses pengecatan. Itu pun, dapat buat sikit je. Yelah, malam-malam mengecat.
Semalam pula, en.suami ada hal. Terpaksa sambung malam tadi. Mungkin akan mengambil masa sehari dua lagi. Cepat siap, senang. Boleh la en.suami ke surau menjalankan ibadah terawih.
Nota Kaki : Warna cat adalah pilihan mem...^___^
16 Ulasan
wow cat baru sempena raya
BalasPadamBestnya dapat sambut Raya dengan rumah cat baru..... mesti terlebih teruja nak Raya kan Mar hihi....
BalasPadamsemangat la raya tahun ni..rumah bercat baru..mesti cantik..:)
BalasPadamWaah... beraya rumah barulah ye Mar tahun ini.
BalasPadamSeronok berganda ni:)
Assalam mar,
BalasPadamwaaaaa
best3
iols pun teringin nak cat rumah
tapi dok tak jadi sebab hubby dok kata nak pasang wallpaper
tapi duit tak cukup lagik he3
beraya rumah baru ke tahun ni? alhamdulillah
BalasPadamsaya tahun lepas ada perasaan camni...hehe
wah aisyah tu, rajinnya menolong =)
cat je baru...rumah ni dah duduk dekat 4 tahun dah
PadamWah..meriah la raya nnt...huhu
BalasPadamSeronok raya nanti.
BalasPadamSelamat menjalani ibadah puasa buat akak sekeluarga.
mar mention pasal cat, baru tingat ade part2 kat dinding umah kene touch up balik cat..sbb tah nape cat jadik menggelembong..dtg si mek duk pecahkan gelembong2 tuh..haih..hehehe
BalasPadamRumah pun nak raya. Samalah dinding rumah saya, mural semuanya hasil tangan anak-anak. Rasanya tahun ni nak buh wall paper ja.
BalasPadamNormally mmg gtu la gaya dinding bila ada anak yg tgh membesarkan... Lembutnya warnanya... Sesuai dgn jiwanya la tu..
BalasPadamaida baru nak pk utk tampal wallpaper kaison.
BalasPadambelum ada masa nak gi mahkota parade membeli :( hu hu hu...
nak cat?
tak larat la mar.
xsabarnya nak raya
BalasPadamklu cat 2/3 hari nak raya , mmg aura raya keluar mar ... dinding umah ni pun banyak karya seni ...
BalasPadamRumah ni walaupun dah lama duduk, bila dicat baru nampaklah macam rumah barukan, Mar. Duh mengecat masa bulan puasa memanglah terbatas masanya. Tahun lepas bulan puasa suami saya mengecat rumah dengan kawannya di siang hari lagi. Terus flat bila lepas berbuka.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.