#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda

By Mar Mansor - 2:00 PTG


Tahun ini, alhamdulillah saya diberi peluang sekali lagi untuk bertemu ramadhan. Meskipun kandungan saya sudah mencecah 28 minggu (7 bulan), in sha Allah saya akan menunaikan rukun islam ke-3 ini selagi mampu. Tidak ramai wanita yang berpeluang berpuasa penuh sebulan kan?


Berpuasa di bulan ramadhan merupakan rukun islam yang ke-3. Wajib dilaksanakan dan ditunaikan bagi yang mampu. Maksud mampu di sini, tiada kemudaratan kepada kesihatan diri.

Berpuasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari dari melakukan kemaksiatan, menjaga perilaku, menjaga lidah dan mata. Banyak yang perlu kita jaga sepanjang bulan ramadhan agar ramdhan kita lebih bermakna.

Seperti biasa, tiba saja bulan ramadhan, PARAM ada di mana-mana, antara rajin tak rajin meredah kesesakan atau tidak saja. Saya tidak lah ke PARAM saban hari. Jika tekak teringin je. Jika tidak, masak saja di rumah.

Bulan puasa sinonim dengan tamar kan? Memang wajib setiap kali berbuka untuk bekalan tenaga. Kebetulan, mak abah baru pulang dari mengerjakan umrah sebelum masuk bulan ramadhan, maka stok tamar tu memang adalah. Tidak perlu beli dah.

Apa pula erti puasa pada kawan-kawan? Jom sahut cabaran 20 hari ni.







  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah.. masih kuat Mar berpuasa, wlpn kandungan dah minggu 27 ye..
    selamat berpuasa Mar..

    BalasPadam
  2. syukur alhamdulillah...selamat berpuasa yer...

    BalasPadam
  3. kuat mar ye, saya dua kali mengandung ketika puasa
    dua2 puasa tak penuh
    paling teruk masa afif...10 hari aje posa
    jenuh nak ganti lepas tu

    BalasPadam
  4. Untunglah Mar dapat berpuasa sebulan tahun ni. Masa kita sibuk mengganti puasa nanti, Mar boleh senyum gembira :) Boleh lebihkan puasa sunat pulak kan...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.