Allahu
Akbar
Allah Maha
Besar
Doa
Iftitah
Allah Maha Besar dan
segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan
petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan
suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan
sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang
maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi
maha mengasihani.
Yang menguasai hari
pembalasan.
Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan
yang lurus.
Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang
Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan Ketika
Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun
dari rukuk
Allah mendengar pujian
orang yang memujinya.
Bacaan ketika
iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi
Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika
sujud
Maha suci TuhanKu yang
Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di
antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah
daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah
aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat
Awal
Segala penghormatan
yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami
dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat
Akhir
Segala penghormatan
yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau
selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.
Doa
Qunut
Ya Allah, berilah aku
petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang
menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam
puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan
bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan
sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
Nota Kaki : Perkongsian
7 Ulasan
Assalam mar,
BalasPadamnice sharing :)
Bila faham makna solat akan lebih khusyuk..
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi jumaat
terima kasih kerana berkongsi
Allahu...indah sgt entry ni sis...jazakillah.
BalasPadamindah...
BalasPadamkalau kita baca dgn penuh makna, yes, khusyuk :)
paling aida hafal sekian lama = bacaan duduk antara 2 sujud.
Assalamualaikum mar n baby hehe
BalasPadammasak ape rini..
semoga solat kita diterima olehNYA
Bila kita faham maknanya, solat tentu lebih khusyuk lagi :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.