Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jubah Puteri Di Hanni Raniaku


Ramaaaaaaiii yang berkenan dengan Jubah Princess ni. Saya pun berkenan juga. Mula-mula skodeng page dia dah jatuh cinta dengan jubah princess tu. Comel kalau Aisyah yang pakai. Kebetulan, gambar yang diupload cuma warna pink dan hijau emerald.

Terus whatApps owner tanya harga dan warna. Keciwa sebab warna yang diinginkan takde. Ermmm.. Tapi, beberapa hari lepas tu ada pula open order untuk warna-warna lain. Termasuklah warna yang saya inginkan. Apa lagi, laju-laju tanya.

Sebenarnya, kami telah ke kedai mereka pada hari Ahad tapi stok belum sampai dan untuk mereka yang menempah sahaja. Alamak!! Saya tak tempah pun, cuma bertanyakan stok dan harga sahaja.

Sewaktu kami mengundurkan kereta, owner memanggil kami dan dia akan beritahu kami kalau ada re-stock. Dan sudah tertulis ia rezeki kami, dapat juga. Alhamdulillah...


Ini jubah anak buah suami saya. Saiz 6 tahun. Siap dengan tudung beriben.


Ini pula gaya Puteri Cik Aisyah. Bukan main suka dia dapat pakai jubah ni.
Saiz 4 tahun. Warna, biarlah rahsia.


Mujur kedai mereka tidak jauh dari rumah kami. Dan mujur juga kami ke kedai mereka dan mencuba jubah tersebut. Aisyah yang berumur 3 tahun lebih perlu memakai jubah bersaiz 4 tahun tau. Kalau saya beli online, mungkin saya akan keciwa sekali lagi.

Jenis material memang terbaik. Sebab saya sudah belek sebelum beli kan. Sesuai untuk kanak-kanak. Lembut dan serap peluh. Dek kecantikan dan keselesaan jubah tersebut, saya yakin kebarangkalian untuk berboria di pagi raya amat tinggi. Keh..keh..

Mereka bukan sahaja menjual jubah yang cantik ni, tapi pelbagai baju kanak-kanak lain. Harga pula, pada saya agak murah berbanding tempat lain. Nak tau apa lagi yang mereka jual?? Jom skodeng.



Saya beli di sini!!!



WhatApps : 014-9895 124

Alamat :
No. 53, Jalan Sagu 15,
Taman Daya,
81100 Johor Bahru.







Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. akak pun teringin nak cari baju raya untuk nur awfiyah..tapi belum decide nak jenis macam mana...jubah tak mungkin kot..sbb kecil lagi kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. awfiyah dah pandai jalan kan kak? comel je kalau dia pakai jubah

      Padam
  2. salams ramdhan mar...cutenya dia :)

    BalasPadam
  3. Kakak nak cuba skodenglah Mar..
    Macam menarik pulak. Hari-hari kakak pergi balik kerja lalu Taman Daya.

    BalasPadam
  4. sgt comel anak2 kecil jubah princess gini mar

    BalasPadam
  5. puas hati kan Mar dapat yang diinginkan..pastinya comey Cik Aisyah dihariraya nanti..:)

    BalasPadam
  6. comelnya dak aisyah =)
    mesti dia excited apatah lagi mak dan ayah dia =)

    BalasPadam
  7. kenapa warna dirahsiakan?? haha.. surprise raya ke nanti.. comel tgk budak2 pakai jubah.. geram je rasa

    BalasPadam
  8. alahai comelnya baju raya Cik aisyah..beli sendiri kt kedai ni memang puas hati kan Boleh tengok dan petang material pastu Boleh cuba..klu nk banding dengan online...

    BalasPadam
  9. cantik baju..n comel si pemakai...KG pun nak cari untuk anak KG la...

    Hai…Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
    MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

    BalasPadam
  10. Mar, harga jubbah ? ada warna lain?

    BalasPadam
  11. wow.
    cantik.
    anak2 dara aida mcm nak dicarikan jubah.
    ibu nyer ni hah takde masa lagi nak jalan2 shopping :) hu hu...

    BalasPadam
  12. Oh, padanlah gambar hitam putih! Tema rayalah ni, tak mahu reveal yerk :) Pakaian budak-budak perempuan memang comel semuanya. Nasib baik takda anak perempuan, kalau tidak memang 'tak comel' lah dompet saya :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code