Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur


Emmmm..termenung panjang juga mengimbau kenangan-kenangan lalu, ada ke pengalaman sahur yang best untuk dikongsikan? Ermmmm...fikir lagi.

Saya seorang budak yang baik dari kecil, tidak nakal, sangat mendengar cakap kedua ibu bapa. Bermakna, kalau mak kata A, maka A lah yang saya buat. Dari sekolah rendah, bila bulan puasa je, mak saya orang paling sibuk sebab mak saya merupakan seorang tukang jahit. Bukan tukang jahit je, mak saya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Muar. Sebagai seorang anak yang baik, setiap kali sahur saya adalah orang pertama yang emak kejutkan dan saya akan membantu emak menghidangkan juadah sahur. Tidaklah mewah. Kadangkala hanya berlaukkan telur mata dan kicap.

Hinggalah saya meningkat remaja, bersekolah menengah, itulah rutin harian setiap kali bulan puasa tiba. Saya akan membantu emak menyediakan juadah bersahur. Ambil pinggan, sediakan cawan, ceduk nasi yang masih panas sedangkan emak mula sibuk mengejut adik beradik yang lain.

Bila masuk UiTM, bulan puasa saya raikan bersama rakan-rakan sekuliah dan rakan sebilik. Saya jarang bangun sahur walaupun niat di hati memang nak bersahur. Ketika ini, saya mula sudah nakal-nakal sikit. Kawan sebilik kejut untuk bersahur pun saya tak bangun. Rela buat tahi mata. Maka, hampir hari-harilah saya tidak bersahur. Kalau bangun pun, sekadar makan biskut cicah air milo panas.

2011, tahun pertama saya berpuasa dengan gelaran isteri. Sahur memang wajib bagi suami saya, maka gigihlah saya memasak saban hari. En.suami pula tidaklah cerewet sangat bab menu bersahur, yang penting dia dapat telan nasi untuk tenaga seharian.

Pengalaman biasa ketika sahur dan saya pasti ramai yang lalui adalah terlewat untuk bersahur. Saya ada juga terlewat untuk bangun sahur, memang tak sempat masaklah. Bila dah alang-alang terlewat bangun, tengok jam, takde nafsu nak makan apa-apa, teguk jelah air masak pastu sambung buat tahi mata. Ekekeke...


Pinjam dari Google


Entri Cabaran20hari yang lain :
#cabaran20hari 1


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. budak baik rupanya..sy dulu siap pesan kt mak tak payah kejut..takmau sahur.hahaha

    BalasPadam
  2. Assalmualaikum wbt , / Salam Sejahtera. Saya jemput awak join Ga.. Maaf menganggu yee.. Good LUCK .. Salam Ramadhan :) & saya tag awak ..


    GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100 (9 Julai 2015)

    GA RAYA 2015 BLOG JAKET BIRU

    Raya Giveaway by Rafydahouse (5JULY)

    BalasPadam
  3. Bersahur memang terasa dugaanya bila nak bagun pagi-pagi makan.

    BalasPadam
  4. saya pun kalau ditanya soalan ni tak tahu nak jawab apa
    tapi saya jenis manusia mesti kena sahur
    kalau tak sahur, memang habislah jawabnya
    saya tak ada masalah sangat nak bangun sahur
    lagipun dah terbiasa menyediakan masakan sahur sejak dari anak dara =)

    BalasPadam
  5. Hihi... saya masa remaja orang terakhir yang bersahur... sebab keluarga saya jenis bersahur awal...

    BalasPadam
  6. Pengalaman bersahur masa belum berkahwin memanglah banyak. Tapi apa yang lagi penting, saya biasanya bangun untuk makan aje. Yang menyiapkan dah tentu-tentulah kakak-kakak saya yang ramai. Lauk-pauk memang semua emak yang masak. Lepas dah berkahwin, tak boleh nak bermalas lagi sebab kena menyediakan untuk suami juga!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code