22 Jun 2015 - Masuk hari ke-5 berpuasa, tak sangka boleh rasa nak pitam. Di awal pagi terasa sakit perut, tapi kian beransur. Bercadang mahu masuk kerja tengahari, ambil cuti setengah hari. Tapi, jam 11 pagi terasa tekak loya dan kepala pusing. Berdiri lama terasa lain macam. Apatah lagi mahu memandu ke tempat kerja.
Rehat tengahari, en.suami pulang dan bawa saya ke klinik. Dapatlah MC satu hari. Terus terang saya katakan, saya memang mahukan MC sebab mahu rehat di rumah. MC bukan suka-suka. Tapi, doktor klinik panel kami tu takde pon
check saya. Tanya soalan je. Takde pula
check tekanan darah saya ke apa ke.
RM35, diberi ubat demam sahaja sebab saya mengandung. Bila saya ajukan soalan, kenapa kepala saya pening, nak pitam? Sebab saya puasa ke? Doktor tu jawab acuh tak acuh je, "mungkin kurang air.."
Ok, mungkin!
Tapi, saya dapat MC pun dah ok. Boleh berehat. Kalau saya ke klinik ibu dan anak, tak dapat
claim pula. Bila dah larat, saya terpaksa berbuka. Alang-alang sudah berbuka, saya minum air masak banyak-banyak, makan tamar dan rebus sayur bayam untuk tambah darah. Yela, hari ni je terpaksa 'tuang puasa', esok lusa perlu berpuasa selagi tidak memudaratkan saya dan bayi dalam kandungan.
Dalam keadaan sebegini,
Tamar Koko banyak membantu. Salah satu fungsinya adalah antioksidan, urat kaki saya kurang rasa kejang-kejang.
Ini pula kisah hari Sabtu. Jumaat petang, en.suami tegur yang tayar kereta kurang angin. Lohhh... Pagi sabtu, pergi kerja seperti biasa sebab jarak rumah dengan tempat kerja dalam 15 minit sahaja. Jam 10 pagi nanti pergi kedai tayar berdekataan dengan kilang untuk tampal tayarlah.
2 batang paku di tayar kiri dan sebatang paku di tayar kanan pula. Dua-dua tayar belah belakang. Redha sajalah, RM15 melayang untuk tampal tayar sahaja. Kawasan parking kami yang banyak paku kot.
Itu kisah hari sabtu. Pagi selasa, tayar sebelah kanan belakang mula kurang angin pula. Petanda tayar harus ditukar mungkin.
Nota Kaki : Nak raya ni macam-macam pula...
6 Ulasan
Singgah pagi....
BalasPadamNieyl pun mc ari isnin..sbb perut tak berapa nak okey...doktor soh buka..tapi time tuh dah setengah hari puasa kan..jadi,sgt syg nak buka..Alhamdulillah...bertahan sampai waktu berbuka...take care ye...semoga hari² mendatang Allah beri kekuatan pada akk...
2 minggu lepas,tayar kete nieyl pun kena paku...tapi g tampal je...
nie pun tayar kete asyik kurang angin je...minta ganti lah tuh... :)
salam Ramadhan...dugaan dibulan Ramdhan .. banyakkan sabar.. tapi klu kurang air kadang mmg boleh sakit kepala & pening kan.. rehat bebanyak ya sis...
BalasPadamtayar kereta meragam plak ya.. nak minta tukor kot...
sabar ye mar.
BalasPadamkita serupa. semlm mr.asben servis kat kereta kenit aida tu, mcm2 hal nak kena betulkan :( abis rm500+ la jugak hu hu hu...
tapi mr.asben kata kena la jaga kereta.
aida berulang pergi balik sejam kan.
kereta kena tip top.
abis belanja raya ku!
rasa pening? kemungkinan tekanan darah rendah
BalasPadammacamana dia boleh bagi ubat tanpa pemeriksaan fizikal
doktor ni kadang menyakitkan hati
keta saya bebaru ni pun pancit
sama jugalah situasinya, makin nak raya
makin banyak pula keluar duit ke arah lain =)
Dugaan tu sis bykkn bawa besar ya
BalasPadamDugaan Ramadhan tu, kenalah banyak bersabar. Mungkin masa tu tekanan darah rendah tapi peliklah doktor tak mahu check betul-betul. Maybe dia fikir kita sengajalah nak minta MC...
BalasPadamNak dekat raya ni memanglah kereta kena tip top. Nak balik kampungkan... Semoga selepas ni semuanya berjalan lancar buat Mar sekeluarga.
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.