Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanggungjawab Seorang Pengasuh


Terus terang saya katakan, zaman sekarang, zaman yang menuntut kewangan. Bukan kerana mahu mewah tetapi untuk kelangsungan hidup yang tak masuk dek akal. Rezeki masing-masing telah ditentukan, kita yang perlu menentukan hala tuju kita sendiri.
Jika kita mahu jadi suri rumah, teruskan usaha dan jangan sesekali bersungut dan berbeza-bezakan tanggungjawab suri rumah dan wanita bekerja.

Jika kita seorng yang bekerja, punya kerjaya yang bagus jangan sesekali memperlekehkan suri rumah. Bila berbicara tentang suri rumah, saya pun ada cita-cita ke arah itu. Menjaga dan mendidik anak sendiri di rumah.
Jika saya seorang suri rumah, saya akan jadi pengasuh. Mahu berniaga, tidak pandai. Mahu buat kuih pun belum cukup kemahiran dan peralatan. Untuk menambahkan duit poket bulanan, bolehlah saya asuh dan jaga anak-anak mereka yang memerlukan pengasuh. 
Bukan mudah jadi seorang pengasuh. Tanggungjawab besar. Diberi amanah untuk menjaga anak orang. Dalam masa yang sama, seorang pengasuh juga akan mendidik dan membantu ibu bapa yang bekerja.
Betapa murninya tanggungjawab itu. Kalau hanya lihat pada wang semata-mata, memang hilang kemurniaan itu. Seorang pengasuh walaupun bayaran bulanan tidak sebesar mana tapi ia satu 'pekerjaan' yang penting.
 
Mana tidaknya..

Seorang pengasuh membantu ibu bapa yang bekerja menjaga anak mereka.
Seorang pengasuh membantu mengurangkan kerisauan ibu bapa yang bekerja.
Seorang pengasuh membantu mendidik anak bangsa sendiri.
Seorang pengasuh membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibu bapa yang bekerja.

Seorang pengasuh perlu punya hati yang tulus. Tanpa hati yang tulus, kerja pun tidak semurni mana. Betapa besarnya jasa seorang pengasuh dalam kehidupan seharian kita.


Cinta hati saya ~ Gambar lama

Jika pengasuh sakit, kita pun risau sebab perlu ambil cuti.
Bila pengasuh mahu ambil cuti atas urusan mereka, kita juga risau sebab kita perlu ambil cuti juga.

Tidak kiralah kita di mana, hakikatnya pengasuh itu seorang manusia seperti kita juga. Ada kalanya sakit, adakalanya ada urusan dunia yang kita sendiri tidak tahu ketentuanNya.
Doa saya buat semua pengasuh, moga pengasuh yang mengasuh anak-anak ini murah rezeki sebab sudi menjaga anak-anak kita.
Nota Kaki : Jangan dipandang pada wang ringgit sahaja.. sedangkan sifat insani terbang bak duit yang kita belanjakan..




Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Setuju entry ini, saya punya cita2 ke arah itu untuk mengasuh anak sendiri suatu hari nanti...moga kita semua sama2 hargai sifat dan tanggungjawab masing2 yang kita kehendaki

    BalasPadam
  2. semua ibu kot ada cita2 nak jaga anak sendiri di rumah, tp apekan daya, zmn skrg ni...x cukup klo sorg je yg bekerja melainkan pasangan tu mmg gaji berkepuk2...hehe..

    pasal pengasuh plak, memang ad pengasuh yg ikhlas menjaga dan ada juga yg inginkan duit semata2..siap mintak deposit, mhl plak tu bulanannya, dh tu jaganya x seberapa..anak balik lebam2..lepas tu bicara pasal duit je...hurmm..

    BalasPadam
  3. inshaaALLAH.. yui doakan cita2 akk nk jd surirumah trlaksa.. dan bukan mudah nak jd pegasuh... smoga dipermudahkan..

    BalasPadam
  4. jaga anak sendiri pun kadang hilang sabar.. apa lagi bukan darah daging kita kan..

    BalasPadam
  5. Setuju dengan entry ini.. Alhamdulillah pengasuh anak2 saya sangat menyayangi kanak2 yang mereka asuh.. Kadang kita sebagai ibu bapa pun x boleh nak cerewet sangat.. Kena ada tolak ansur.. Kalau boleh saya juga ingin menjadi suri rumah dan mengasuh anak sendiri.. Tapi bebanan sara hidup skrg tidak mengizinkan..

    BalasPadam
  6. betul tuh mar..setuju sesgt..kite ibu2 yg bekerja nie majoriti semua pasang angan2 nak jadik surirumah..jaga n didik anak sendri..tp tuh la..keadaan ekonomi yg naik melampau2 sgt skang nie yg membantutkan impian tuh..

    falsya pun sama macam mar..kalau benti keje nak jadik pengasuh..hehehe

    BalasPadam
  7. Saya pun selalu terfikir layak ke tidak saya ni kalau menjadi pengasuh? Sedangkan menjaga anak yang dua orang pun kerap hilang sabar, inikan pulak nak jaga anak-anak orang. Menjaga budak ni bukan tugas yang mudah. Adakalanya dapat pengasuh baik, makpak pulak banyak kerenah. Dapat makpak yang baik, pengasuh pulak selalu buat hal. Nasib kadang-kadang....

    BalasPadam
  8. Saya pernah ada pengalaman buruk dgn pengasuh.. habis brg2 dapur spt minyak, gula, susu dia jual.. rupanya ada network org dia yg beli dgn harga murah utk jual semula di kedai2 makan kaki lima dia org.. bajet dapur selalu lari & bertambah huh.. skrng jaga sendiri je..

    Mar, address ttp sama.. maaf lambat respond. Kebelakangan ni waktu berblogging tngh kelam bin kabut hehee.. :D

    BalasPadam
  9. yup, pengasuh pun ade perasaan jugak. kite sendiri pun teringin nak jadi surirumah tangga sepenuh masa :)

    http://juliajamaludin.blogspot.com

    BalasPadam
  10. amiiin insya alloh mba do'anya terkabulkan :)

    BalasPadam
  11. Bagaimanapun juga Pengasuh juga manusia biasa yang patut dihargai dan dihormati karena jasanya begitu besar dalam menjaga anak2 kita

    BalasPadam
  12. Setuju... Pengasuh juga manusia... Sama2 lah adakan sifat ihsan dalam diri...

    BalasPadam
  13. betul tu Mar, setiap suatu pekerjaan perlu ada rasa tanggung jawab dan ianya merupakan satu ibadah untuk dilaksanakan.

    BalasPadam
  14. Assalam mar,
    iols pun saaaaaaamaaaa
    cita2 nak jadi suri rumah :)

    BalasPadam
  15. berterima kasih sangat2 kepada pengasuh..niat utk jadi surirumah sepenuh masa memang ada..ingin nak jaga anak sendiri di rumah..semoga dipermudahkan..inshaAllah...

    tq for nice entry...

    BalasPadam
  16. wah...suka entry ni
    ada penah terfikir nak nukil benda yang hampir sama di blog
    tak berkesempatan aje =)

    yang pasti kat sini, kita semua ada tanggungjawab
    dan kita lengkap melengkapi
    kalau takde dia, kita mungkin susah
    dan dia juga mungkin susah kalau takde kita
    kitaran kehidupan sememangnya begitu =)

    BalasPadam
  17. setuju..tugas pengasuh pekerjaan mulia..satu kerjaya juga..jihad pahala klu Bukan semata2 kerana wang

    BalasPadam
  18. Betul tu Mar..... hakikatnya Pengasuh tu manusia biasa mcm kita jugak. Tp tulah okje rasa okje tak boleh jadi pengasuhlah, Okje ni bukan jenis penyabar pun hihi.... dahlah kurang rajin masak, kang kelaparan budak budak hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code