Bila Anak Suka Menconteng

By Mar Mansor - 8:30 PG


Aisyah mula mengenal pensel, belajar memegang pensel sejak berusia setahun lebih. Waktu itu, pengasuh Aisyah turut menjaga seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun. Sudah ke sekolah tadika. Apa yang kakaknya buat, Aisyah akan tiru.

Aisyah memang pantang dengan benda yang bernama PENSEL! Pensel upin ipin yang tidak boleh hilang dari pandangan matanya, dibeli ketika saya mengisi minyak kereta di Petron. Masuk je kedai tu, terus dia nampak bahagian barangan upin ipin, minta bekas pensel berserta peralatan menulis yang berharga RM16.90! Erkkk...tercekik mak.


Tu dia, pensel Upin Ipin dan buku kecil sentiasa di tangan.


Saya ada menonton video seorang kanak-kanak di Iraq yang sudah kematian ibunya, melukis gambar ibu di lantai dan kemudian tidur sambil memeluk gambar yang dilukisnya itu. Memang sayu menonton video tersebut. Kebetulan, Aisyah juga menonton video tersebut. Dia sudah faham akan perasaan sedih.


Maka, terhasillah wajah 'ibu' di dinding.


Touching wehh walaupun geram sebab dia sesuka hati menconteng dinding rumah. Kemudian, saya beri kertas pula. Aisyah minta saya lukis IBU. Kemudian, lukis ANAK. Kemudian, lukis AYAH.

Punyalah suka hingga dia simpan lukisan tersebut dalam almari bajunya. Bila ayahnya masuk ke bilik, terus dia tarik tangan ayah dan tunjuk lukisan itu.


Aisyah : Ayah, sini. Tengok ni. Ini ibu dia, ini anak dia, ini ayah dia.


Terus en.suami peluk dan cium dia. Alahai...melting habis. Babak anak beranak sungguh. Saya yang sekadar menjadi pemerhati rasa terharu sangat.


Kenapa ye budak suka menconteng dinding?

Bak kata bos saya, jangan marah bila anak menconteng dinding, biarkan. Jangan sekat perkembangan otak dia. Budak memang macam tu. Kita bagi kertas macamana pun dia tetap akan menconteng dinding. Budak cepat bosan hanya melukis di helaian kertas yang agak limit. Di dinding, permukaannya luas dan dia boleh berimaginasi seluas-luasnya. Dia stress asyik conteng kertas je, mak pak nya pula stress nak mengecat rumah. Ngeh ngeh..



Penyudahnya, kami redha dengan keadaan dinding rumah yang penuh 'seni'. Pandai pula tu, buat kerja ketika orang tidak memerhatikannya. Tiba-tiba ada je hasil karya baru.





Nota Kaki : Nak raya ni, kena cat rumah..










  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. anak sy conteng lantai..tp dia dh jarang pegang pensel skrg...lebih teruja dgn hp.. :-(

    BalasPadam
  2. umah mak mertua el ni penuh ngan lukisan anak2..
    nak wat cam mn..budak2 kan hahaha

    BalasPadam
  3. budak suka melukis ni kreatif....apalagi suka conteng dinding..memang kreatif habislah..mahai jugak ye alat tulis upon ipin..namanya stesen minyak..kerana anak redha je la.hehe

    BalasPadam
  4. Qaisara pun dulu mnconteng jgk..Agaknya nk mncari kertas x jmp..Cari la dinding..Tmpt yg rata & senang utk die mnghasilkn nukilan..huhu

    BalasPadam
  5. kak mar... biasa kalu dia suka menconteng hihitapi kita yang tak tahan sebab dinding pun dia nak conteng kan... kehkeh... anak eija pun suka sgt kalu g petron ada barangan upin ipin.. harga nya memang rasa terjerut hahaa

    BalasPadam
  6. hehe...learning stage
    kalau tak nak cat dinding
    mar buat macam cikgu saya dulu
    dia tampal setiap dinding yang boleh dicapai anak dia dengan kertas majung
    so kata dia, contenglah ko sepuasnya! hehe
    kalau dah penuh, dia ganti baru

    BalasPadam
  7. Hehe... Biasa la.. Tak sah la dinding tak berconteng ada anak kecil ni..

    BalasPadam
  8. Betul tu, kita kena biarkan daya imiginasi anak anak berkembang, walaupun mata kita sakit tgk dinding kena conteng...hahaha...rumah saya tu, pintu almari pun kenan conteng :P

    BalasPadam
  9. hahha saja nk tunjuk skill melukis tu

    BalasPadam
  10. anak buah I(2 tahun) lebih suka meniarap bila nak menconteng.. bab ni ntah tiru sapa pun xpasti, sebab xdak pulak adik2 I yg buat macam tu.. Ingatkan dia tak akan conteng dinding selepas dapat kertas lukisan A3 tu, tapi dia terkantoi conteng belakang pintu.. mujurlah tempat agak tersembunyi..dah la baru lepas cat 2 hari.. nangis tgk.. gaya contengan macam dia wat gaya mengecat.. kononnya nak cat lah,, tapi guna crayon.. hihi

    BalasPadam
  11. hu hu hu....
    dinding bilik anak2 dara aida penuh conteng.
    tak larat nak tegur. biar la...
    now turn izzat. aida provide kan dia kertas & pensel :)

    BalasPadam
  12. takpe gitu kak,
    bila besar kang mesti pandai melukis & kreatif tu,
    doa2 kan.
    aamiin.. =)

    BalasPadam
  13. Bila sel² sedang berhubung. Bebudak...bukan setakat dinding yang dicontengnya. Kat badan pon sama juga. Body art gittew.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..x tlintas d fikiran kita dorg conteng badan plak. Huhu..redha je..

      Padam
    2. Betul tu..x tlintas d fikiran kita dorg conteng badan plak. Huhu..redha je..

      Padam
  14. X pela sis asal ank happy kan

    BalasPadam
  15. huhu nanti cat dia conteng balik..sama jugak kan..

    BalasPadam
  16. haha biasalah anak anakk..pantang nmpak pen atau pensel..
    kerja nak menconteng jee

    BalasPadam
  17. Budak-budak memang tak lari dari aktiviti menconteng dinding ni. Padahal dah lengkap kita bagi semua, tetap juga dinding jadi pilihan! Saya tak benarkan Adik Cute menconteng di dinding. Saya bagi satu drawing block untuk ya dan buku latihan. Lepas penat conteng drawing block, boleh beralih ke buku latihan dan vice versa. Tapi dalam pada dia duduk menconteng, dengan meja tulis sekali di contengnya. Bila saya tanya mengapa selamba je dia jawab 'Mommy kata jangan conteng dinding aje!' Oh, sabar ajelah!

    BalasPadam
  18. Assalam mar,
    he3
    nak biorkan???
    ooohooiiii stress iols dengor ayat itu he3 :P

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.