Viral mengenai telekung bercorak salib yang sudah mula memasuki pasaran Malaysia. Saya sangat terkejut bila wujudnya telekung bercorak macam tu. Ish..minta dijauhkan dari kita semua. Nauzubillah..
Pinjam dari Google
Sebelum ni pun viral mengenai telekung kanak-kanak bercorak frozen. Satu lagi perkara yang tidak logik dek akal. Telekung adalah pakaian solat. Sedangkan orang lelaki, tidak boleh memakai baju t-shirt yang bukan-bukan ketika solat.
Pinjam dari Google
Sekarang ni pula lambakan tudung frozen pula dijual. Ini bukan baru, sudah berbulan-bulan juga di pasaran. Kenapa perlu meletakkan gambar kartun tidak bertudung, tidak menutup aurat di tudung? Di baju kurung, malahan jubah pun.
Memang tidak dapat disangkalkan, budak perempuan ramai yang menggilai kartun ini, tapi sebagai ibubapa,tanya diri sendiri.
Apa tujuan kita mengajar anak untuk menutup aurat? Untuk menjaga maruah seorang perempuan bukan? Untuk menutup rambut. Tuntutan agama.
Pinjam dari Google
Saya memang tidak berkenan sejak ia dipasarkan. Kalau di baju mungkin tidak berat, perkara biasa. Tapi, untuk tujuan menutup aurat, ia sesuatu yang tidak logik! Seolah kita mengagungkan kartun barat ini, hingga menutup kepala pun ada wajah mereka. Memang mengarut.
Pakai tudung, tutup aurat tapi di kepala ada kartun yang seksi. Hurmm...
Tidaklah berniat untuk menjatuhkan business orang lain. Tapi, kita dikuniakan akal fikiran. Business, business juga. Mana yang baik kita kongsikan, yang rasa tak baik tu kita jauhkan.
Pilihan di tangan masing-masing. Tepuk dada, tanya iman.
~ Wallahuaklam ~
19 Ulasan
lebih baik pilih yang plain utk telekong kanak2 tu... tak setuju lah :(
BalasPadamkita sebagai mak bapak ni kena ambik peka bab-bab hal macam ni..
BalasPadamkita kena lebih sensitif. puak2 ni...tau nak cari untung saja
BalasPadamAllah. kena lebih berhati hati lepas ni
BalasPadamkena lebih berhati2
BalasPadamyup betul tu kena berhati2 lepas nie..
BalasPadamJom join Segmen Terbaru Saya ini
Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menari
Betul tu. Sampai telekung dan tudung pon nak buat corak frozen. Tak sensitive betul.
BalasPadambetul tu.. Ira tak minat langsung tengok budak2 pakai tudung frozen tu.. kalau nak tengok citenye takpe jugak..
BalasPadampelik2 betul la zaman skrg ni ye...
BalasPadamadoi ikut dan je diorg ni nak buat bisnes
BalasPadamyg beli pun agak2lah
takat itu pun x reti huhu
Tak pernah pulak jumpa frozen kat tudung ada yeh Mar...
BalasPadamBetul jugak tu, banyak lagi gambar lain nak dijadikan hiasankan Mar
dr awal ayu dh xsetuju..huuu
BalasPadambetullah ibu bapa kena main peranan..budak2 apa yg depa tau..
BalasPadamNi first time Lya nmpk..klau telekung berwarna wrni tu slalu la nmpk
BalasPadamyelah kan. kadang peniaga ni pun satu hal
BalasPadamterlalu sangat fikirkan income
hal agama letak tepi
aida setuju dgn mar.
BalasPadamtak payah la pilih tudung gamba x tutup aurat tu.
byk lagi tudung yg lebih sesuai.
geram plak aida pd yg design tudung tu ~ non-Muslim kah yg design?
betull tuu..jgn mmbli scara rambang shj..
BalasPadamMelampau dah ni. Bab telekung kanak-kanak bercorak Frozen tu saya pernah terbaca tapi bab telekung bercorak salib tu, na uzubillah! Kenapalah boleh jadi macam tu....
BalasPadamSaya lebih suka telekung putih tak bercorak. Lagi simple lagi bagus. Jenis yang berwarna-warni, bercorak bagai ni memang saya tak berapa suka. Berat semacam aje saya rasa!
Assalam mar,
BalasPadamlaaaaaaaa
hat yang kes tudu8ng ada bentuk ala2 salib tu iols pernah dengor
tapi hat yang telekung corak frosen ni memang 1st time
mengarut betoi la
geram jadiknya
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.