Terus terang saya katakan, dalam hidup ini semua orang ada kemahuan, ada hasrat terpendam, ada keinginan. Begitu juga saya. Terlalu banyak perkara yang saya inginkan dalam hidup ini. Memang banyak.
Tapi, saya tahu, hidup ini adil. Tidak semua perkara yang kita inginkan akan tercapai. Mungkin akan tercapai, dengan usaha gigih dan keizinan dariNya.
Mungkin hari ini saya tidak dapat mencapainya, siapa tahu hari esok, tahun depan, mungkin 10 tahun mendatang. Wallahuaklam. Andai umur panjang.
Perjalanan tidak selalunya lurus.
Ada kalanya terjumpa juga jalan yang bengkang bengkok bak ular dipalu.
Ada kalanya terjumpa juga jalan yang naik bukit, turun bukit.
Ada kalanya terjumpa juga jalan yang rosak, penuh lubang-lubang.
Begitu juga dalam kehidupan kita.
Adakalanya hari ini cerah hingga ke petang,
Adakalanya hari ini cuaca mendung tetapi mulai cerah di petang hari.
Adakalanya hari ini cuaca cerah di siang hari tetapi hujan ribut di malam hari.
Bagaimana dengan perasaan kita?
Adakalanya kita rasa bahagia.
Adakalanya kita rasa sedih, tersisih dan tidak dihargai.
Adakalanya kita rasa dunia ini tidak adil.
Bilamana berlaku sesuatu dalam diri, adakalanya nafsu, akal nan pendek dan hasutan iblis mudah meresap dalam jiwa. Tika itu, adakalanya terasa ingin pergi jauh, tetapi IMAN yang senipis bawang masih gigih membantu. Memperbetulkan akal fikiran yang berserabut, memperbetulkan akidah yang mula tersasar.
Kadang kala saya terfikir sendiri yang keinginan saya itu simple sahaja. Bukan tidak pernah suarakan. Pernah. Tapi, setiap kali saya suarakan, dibalas pula dengan sindiran. Saya akur. Mungkin keinginan saya ini sesuatu yang berat.
Bagaimana 'suatu' yang kita inginkan dipandang enteng sahaja sedangkan hidup ini sementara cuma. Entah esok lusa salah seorang dari kita mungkin sudah tiada. Siapa tahu.
Di bulan yang mulia ini, saya ingin terus berdoa dan terus berdoa..
12 Ulasan
assalamualaikum singgah pagi
BalasPadammoga trcapai.. lmbt atau cepat itu kt kena sbr...
BalasPadamItulah sebaiknya..tidak putus berdoa..
BalasPadamSememangnya keinginan sukar untuk dipuaskan..akan sentiasa ada keinginan yang lain dan lain..Akak pun banyak jugak keinginan yg tak kesampaian..huhu..
sama-samalah kita berdoa dan terus berdoa bersama-sama...
BalasPadamBetul tu kak. Kadang kadang macam.macam yang kita nak tapi allah bagi apa yang kita perlu
BalasPadamapa yg kita inginin kan seiring ngan usaha+doa insyallah Allah Maha Mendengar
BalasPadammoga yg di ingin kan smpi hajat nye ye..doa tu ptg kan ;)
BalasPadamMoga di permudahkan ye sis..
BalasPadamInsyaAllah..jangan putus harap & doa... DIA maha mendengar..klu bkn skrg dikabulkan mgkin suatu hari nti...hanya perlu yakin..
BalasPadambulan ramadhan ni byk peluang ruang utk berdoa.
BalasPadamdan waktu-waktu mustajab.
in shaa Allah...
Allah Maha Mendengar lagi Maha Pengampun :)
alahai, sayu pula baca entry mar ni
BalasPadaminilah hakikat kehidupan mar
apapun saya doakan yang baik-baik aje buat mar dan keluarga
Betul tu, Mar. Tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Kalau dapat pun, syukur banyak-banyak ke hadrat Ilahi. Kalau tak dapat, kita berdoa dan terus berdoa sehingga dimakbulkan.
BalasPadamSetiap manusia berbeza. Adakala kita rasa sesuatu itu penting dan terlalu mengingininya tapi pada orang lain, ia sesuatu yang tak perlu dan tak faham mengapa kita terlalu inginkannya...
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.