Diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang
mengatakan: "Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin
Zakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblis
menjawab:
1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini.
Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).
2. Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalam
genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah
diri mereka bulat-bulat kepada kami.
3. Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar
untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami
berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon
keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati
darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak
akan mendapati hajat kami tercapai.
Apabila terlibat dalam kesalahan mereka segera bertaubat.
Begitu juga bila mereka melakukan maksiat mereka segera sedar dan menyesal serta
memohon keampunan dari Allah.
Allah swt berfirman:وَالَّذِينَ إِ َ ذا َفعَلُوا فَاحِشًَة َأوْ َ ظَلمُوا َأنْفُسَهُمْ َ ذ َ كرُوا اللَّهَ فَاسْتَغَْفرُوا لِ ُ ذنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَإِلَّا اللَّهُ وََلمْ يُصِرُّوا عََلى مَا َفعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُو َ نMaksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Al-'Imran 3: Ayat 135)
Nabi saw bersabda "Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Nota Kaki : Perkongsian
7 Ulasan
Perkongsian yang berguna di pagi jummat yang mulia ini.
BalasPadamAsalam sis, slm jumaat..
BalasPadamsalam jumaat barokah kak :D
BalasPadamnice sharing mar.
BalasPadamsaling ingat mengingati di antara kita :)
BalasPadamTerima kasih kerana perkongsian yang baik ini.
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamnice sharing uols :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.