Gigihlah memunggah kotak-kotak simpanan baju Aisyah sewaktu dia masih bayi. Buka kotak ini, eh takde. Kotak lagi satu pun takde. Ah sudah, mana pula baju bayi ni? Fikir punya fikir, oh di bilik tengah ada lagi kotak. Almaklum lebih 3 tahun kotak-kotak tersebut tersimpan. Lupa pula.
Kelam kabut cari dan buka kotak tersebut. Memang ada baju bayi. Barut, bedung perlu diasingkan. Sarung tangan, sarung kaki pun elok lagi. Adalah 2, 3 helai baju bayi yang sesuai. Yang lain ada yang sesuai juga tapi tinggal seluar sahaja. Mana pula pergi bajunya??
Sebahagian saya sedekah kat orang.
Hujung minggu ni sesi membasuh pula. Perlu membuat persediaan serba sedikit. Minggu depan in sha Allah pulang ke kampung halaman pula. Lama tak balik kampung tau. Nak berbuka puasa dengan keluarga sendiri sebab tahun ini giliran beraya sebelah suami.
17 Ulasan
bestnya blk kg
BalasPadamakak pun banyak gunakan barangan awfiyah memandangkan beza umur taklah jauh sangat.masih elok digunakan lagi...
BalasPadamtulah kan kak..mana boleh guna..gunalah..adik aisyah ni kemungkinan gender lain tu tak banyak boleh pakai
PadamOwh.. dah nak balik ke kampung ye.. Semoga selamat perjalanannya...
BalasPadamSha pula dah sedekahkan semua baju baby yg elok2.. Kemas2 kotak.. Sebab x pasti lagi bila nak menambah jadi dari tersimpan jer baiklah disedekahkan.. hehehe... Lg pun skrg nie ajar anak pakai baju sampai lusuh dan buang.. Sebab bila beli baju kakak, adik pun nak sama..
balik kampung hujung minggu je..masih lagi bekerja..
Padambaju baby sulung mmg boleh turunkan kat anak yg lain . jimat sikit kos ...
BalasPadamBaju baby biasa memang boleh simpan lama sebab baby pakai sebulan-dua dah tak pakai lagi dah. Cepat membesar. Kakak dulu pun macam tu juga Mar..
BalasPadamHYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D
BalasPadambila due nye? sat je kn dh nk keluar bb ;)
BalasPadambulan 9..ada 2 bulan dari sekarang
PadamBile brng dh lama x guna mmg susah nk igt letak dkt kotak yg mane satu...huhu
BalasPadamseronok nyer :)
BalasPadamnak sambut org baru...
klu dah tinggal seluar saja nampaknya banyak juga yg perlu dibeli untuk baby baru.hehe..takpe budak2 cepat besar..pakai je dulu baju kak aisyah..nti pas pantang kita shopping.haha
BalasPadamdah membasuh mar...menanti orang baru..
BalasPadamseronoknya dapat berbuka puasa bersama orangtua..
kak tak taulah bila
mana elok tu, gunakan aje
BalasPadamsaya dulu pun afif punya pun saya pakaikan tuk aisyah
walhal berbeza jantina
tu sebabnya orang dulu selalu confuse jantina aisyah...hehe
Baru tiga tahun pakaian Aisyah kan. Maknanya masih elok lagi. Kalau ada, untunglah tak perlu berbelanja besar. Macam saya, lepas 5 tahun si Abang baru dapat adik, memang takda dah saki-baki pakaian lama dek kerana dah selamat sedekah pada orang. Lama sangat menyimpan...
BalasPadam3 tahun lama juga tu, pttla dah lupa, saya ni barang2 nak sulung still tersimpan elok dalam almari, ada yg baju dia masih baby pun muat lagi oakai sampai sekarang, hihi, almaklumlah baru 1 tahun 2 bulan..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.