Terus terang saya katakan, zaman sekarang, zaman yang menuntut kewangan. Bukan kerana mahu mewah tetapi untuk kelangsungan hidup yang tak masuk dek akal. Rezeki masing-masing telah ditentukan, kita yang perlu menentukan hala tuju kita sendiri.
Jika kita mahu jadi suri rumah, teruskan usaha dan jangan sesekali bersungut dan berbeza-bezakan tanggungjawab suri rumah dan wanita bekerja.

Jika kita seorng yang bekerja, punya kerjaya yang bagus jangan sesekali memperlekehkan suri rumah. Bila berbicara tentang suri rumah, saya pun ada cita-cita ke arah itu. Menjaga dan mendidik anak sendiri di rumah.
Jika saya seorang suri rumah, saya akan jadi pengasuh. Mahu berniaga, tidak pandai. Mahu buat kuih pun belum cukup kemahiran dan peralatan. Untuk menambahkan duit poket bulanan, bolehlah saya asuh dan jaga anak-anak mereka yang memerlukan pengasuh. 
Bukan mudah jadi seorang pengasuh. Tanggungjawab besar. Diberi amanah untuk menjaga anak orang. Dalam masa yang sama, seorang pengasuh juga akan mendidik dan membantu ibu bapa yang bekerja.
Betapa murninya tanggungjawab itu. Kalau hanya lihat pada wang semata-mata, memang hilang kemurniaan itu. Seorang pengasuh walaupun bayaran bulanan tidak sebesar mana tapi ia satu 'pekerjaan' yang penting.
 
Mana tidaknya..

Seorang pengasuh membantu ibu bapa yang bekerja menjaga anak mereka.
Seorang pengasuh membantu mengurangkan kerisauan ibu bapa yang bekerja.
Seorang pengasuh membantu mendidik anak bangsa sendiri.
Seorang pengasuh membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibu bapa yang bekerja.

Seorang pengasuh perlu punya hati yang tulus. Tanpa hati yang tulus, kerja pun tidak semurni mana. Betapa besarnya jasa seorang pengasuh dalam kehidupan seharian kita.


Cinta hati saya ~ Gambar lama

Jika pengasuh sakit, kita pun risau sebab perlu ambil cuti.
Bila pengasuh mahu ambil cuti atas urusan mereka, kita juga risau sebab kita perlu ambil cuti juga.

Tidak kiralah kita di mana, hakikatnya pengasuh itu seorang manusia seperti kita juga. Ada kalanya sakit, adakalanya ada urusan dunia yang kita sendiri tidak tahu ketentuanNya.
Doa saya buat semua pengasuh, moga pengasuh yang mengasuh anak-anak ini murah rezeki sebab sudi menjaga anak-anak kita.
Nota Kaki : Jangan dipandang pada wang ringgit sahaja.. sedangkan sifat insani terbang bak duit yang kita belanjakan..