Pemeriksaan Kesihatan Mata Di Klinik Odex Optometrist| Sebenarnya agak lama juga mata saya rasa tak selesa. Rasa tak selesa, mata berair dan mata cepat letih.
Sampailah hujung November 2022 saya tukar spek baru, lagi pun spek lama tu dah 2 tahun juga pakai. Memang power mata saya naik dari 850 ke 925. Bila spek siap, pakai 2 minggu rasa tak ok, pergi semula kedai spek dan explanation dia tak berapa cerah pada saya. Saya yang malas nak fikir ni, say sokay jela.
Disember 2022, bawah mata saya tu mula bengkak, kemudian mula keluar nanah. Saya cuma pergi farmasi dan beli ubat. Sebulan juga sapu takde perubahan. Last sekali, saya geram tenyeh minyak gamat. Eh 2 hari dah kering.
Mac 2023, dalam seminggu ni rasa tak selesa macam yg lepas tu kembali. Puas lah tadah telinga orang cakap sombong la apa la. Ah lantak la kan. Mata kita ni tak berapa jelas pun, nak pandang orang pon ambil masa.
Melalui perkongsian whataps seorang rakan, saya dapat info klinik optometrist berdekatan dengan harga yang murah berbanding ke Pakar mata lain. Saya terus set temujanji pada 25/3/2023, bersamaan hari sabtu. Saya buat eye test dan eye health screening.
Sebelum saya set temujanji di klinik optometri ni saya ada survey-survey pakar mata yang lain juga. Paling murah pun saya dapat RM180. Claim kompeni dapat maximum RM80 je per claim. Untung juga bekerja dapat juga claim.
Kes mata saya ni agak complicated. Power mata saya tak stabil. Bila letak kanta power yang ngam untuk penglihatan jauh, untuk penglihatan dekat pula saya tak ngam. Bila letak kanta untuk penglihatan dekat, penglihatan jauh pula agak tidak jelas. Hasil pemeriksaan mata, ianya berlaku sebab otot mata saya bergerak terlalu laju.
Contohnya, bila saya dah pandang handphone, bila saya beralih pandangan, saya pandang pc ke, atau arah lain, ia ambil masa untuk sharp vision saya. Apa yang saya alami ni sama dengan apa yg optimetri tu beritahu.
Hasil screening, optometris mendapati saya mengalami Papillary Conjunctivitis. Skala 3. Moderate. Kaler orange. Kira belum kaler merah. Paham-paham la sendiri. Apa tu papillary conjunctivitis? Korang gugel je dapat la info.
Besar kemungkinan persekitaran tempat kerja yg berhabuk. Kalau dah 13 tahun kat situ kan. Sebab saya takde consume ubat maksudnya ubat yg perlu ambil hari2 macam ubat kencing manis atau darah tinggi. Saya tidak memakai contact lens. Kali terakhir pakai contact lens pada hari raya tahun lepas. Contact lens tu penggunaan untuk sebulan je. Lepas tu memang dah tak beli contact lens dah. Dan saya cuma alergik habuk, serangga.
Apa solution?
Saya perlu titiskan ubat titis mata selang 2 atau 3 jam.
Perlu cuci mata saya dengan eye wash pagi sebelum keluar rumah dan balik kerja atau malam (saya tak keluar rumah lagi).
2 Ulasan
bab kesihatan memang susah hati lah hai.
BalasPadammoga dipermudahkan segala urusan sis :)
Saya pun dah kena berjaga2 dengan masalah penglihatan, kena peka dengan perubahan penglihatan sejak disahkan ada diabetes.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.