Assalamualaikum
Resepi Jemput-Jemput Air Panas | Ini antara cucur kegemaran anak-anak. Simple je tapi perlu ada kerajinan juga untuk buat. Bahan-bahan pun mudah.
Jempu-jemput Bilis Air Panas
Bahan-bahan:- Tepung gandum- Bawang merah- Ikan bilis- Garam
Cara-cara:
1- Cincang bawang merah dan ikan bilis. Masukkan garam dalam tepung. Gaul rata.2- Kemudian masukkan air masak yang menggelegak ke dalam tepung tapi. Letak sikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul bagi tepung masak.
3- Hasilnya seperti ini. Kemudian, tunggu tepung sejuk sedikit baru kita bulat-bulatkan.
4- Panaskan minyak masak. Goreng hingga kekuningan. Hasilnya, rangup di luar tapi lembut di dalam.
Jemput-jemput sedap dimakan bersama sos cili.
Senang kan? Bahan-bahan pun mudah sangat. Selamat mencuba.
3 Ulasan
BalasPadamLama tak blogwalking, so Mak singgah sini ;)
saya pun suka buat cucur gunakan air panas.
BalasPadamgeram tengok kejadian cucur bulat-bulat hehehe
Simple tu yang sedap. Cantiknya kejadian cucur bulat bulat gitu. Nanti boleh cuba guna air panas. Biasa guna air sejuk/biasa.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.