Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Sambut Menantu & Aqiqah


8 Februari 2016 - Berlangsungnya majlis sambut menantu sekaligus majlis aqiqah Adik Alif. Alhamdulillah, rezeki anak. Kami tidaklah buat majlis besar-besaran, sekadar kecil-kecilan. Jemputan tidak sampai 500 orang.

Rewang sekadar memasukkan isi goodies bag untuk tetamu.


Goodies bag yang telah siap diisi.


Kami pulang ke kampung pada hari ahad pagi. Tak sabar nak balik kampung. Rindu dengan suasana kampung yang nyaman. 4 hari bercuti sudah memadai bagi kami. Melepaskan rindu pada emak abah dan sekaligus melepaskan lelah bekerja sehari-hari.


Setting meja makan damai.

Setting meja makan damai dan khemah tetamu. Tema JDT.


Majlis kali ini meskipun jemputan tidak ramai tapi sangat meriah apabila sanak saudara semua berkumpul. Ramai saudara mara kami yang hadir. Terasa keseronokan berganda. Keluarga Mak Teh yang tinggal di Palong sahaja tidak dapat datang sebab jalan gemas di naiki air.

Saudara mara sebelah Abah.

Saudara mara sebelah Emak.

Ini pun sebelah Emak.Mereka sampai juga meskipun sampai sesat-sesat. Bukan senang dapat berkumpul begini. Hari raya pun belum tentu dapat berkumpul bersama.



Sekitar majlis. Keluarga pihak perempuan hadir dalam jam 12.30 tengahari dan terus ke meja tetamu. Menjamu selera di meja makan damai bersama pengantin. Kemudian, upacar memotong kek pula.


Jam 2 petang, majlis bacaan yasin dan tahlil berlangsung. Bacaan yasin dari sekumpulan orang perempuan dari blok kami dan blok sebelah menyebelah. Felda kami dipecahkan mengikut blok. Bukan blok bangunan ye.

Bersama Adik Alif. Mujur dia tak buat perangai sewaktu mereka berselawat. Adik Alif dicium-cium oleh nenek-nenek dan makcik-makcik yang hadir.


Pasangan pengantin yang dirai. Kami adik beradik perempuan memakai jubah warna hijau pekat. Kakak yang sponsor.

Bergambar bersama keluarga pihak perempuan. Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis.


Majlis kali ini tidak terlalu letih sebab emak abah menggunakan perkhidmatan catering. Tak payah merewang sangat. Support caterer kampung. Satu kepala hanya RM9. Lauk pauk memang banyak. Termasuk kambing aqiqah masak sambal manis, hanya bermodalkan RM4500 untuk jemputan 400 orang. Lauk pauk dan nasi sedap.

Selain itu, ada cendol. Memang sedap lah! Makan cendol bertambah-tambah. Cukup lemak manisnya. Ada juga ayam goreng uncle bob. Fullamak, sedap meratah. Dapatlah merasa dua ketul. Air sahaja yang kami godak sendiri. 


9 Februari 2016 - Gerak pulang lebih kurang jam 2.40 petang. Terus ke Kluang, rumah adik ipar. Singgah sebentar. Dalam 6.00 petang, kami gerak pula pulang ke JB.

Biasalah bila tiba musim perayaan, jalan penuh kenderaan. Jammed.

Terima kasih buat emak abah yang sudi sponsor majlis adik lelaki kami ini sekaligus untuk aqiqah Alif juga. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Keduanya telah diaqiqahkan. Meskipun tidaklah buat majlis besar-besaran, keberkatan itu lebih penting.




Nota Kaki : Saya cuma sponsor kad kahwin diorang jek..^__^








Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. senang guna khidmat catering nie...
    rumah pun x yah nak beria kemas...:)
    kurang skit la penatnya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..emak abah dah berumur..anak-anak pula jauh..

      Padam
  2. alhamdulillah..selamat aqiqah untuk aliff kan...dah lama tak ade kenduri besar kat rumah.,.

    BalasPadam
  3. Alahai Mar... Alif dah makin cutelah..
    Memang betul kalau raya pun belum tentu dpt kumpul. Tapi kalau dlm majlis kahwin lebih mudah nak kumpul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks auntie (alif cakap)..
      tulah kalau kena masanya dapatlah berkumpul ramai-ramai

      Padam
  4. meriahnyaaaaa ! Selamat pagi tuan blog !

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tengahari ye..reply dah tengahari..terima kasih sudi singgah..

      Padam
  5. walau pon katenye buat kecil kecilan tapi tetap nampak meriah dan ramai sungguh para tetamu....putihnye Alif comey sangat ^_^

    BalasPadam
  6. meriah kan bila kumpul ramai2 camni..menu pun sedap2..memang terasa keberkatannya bila semua berkumpul kenduri dikampung

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...syukur semuanya brjalan lancar...alif gebus..cium cikit..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..cukup meriah, ok tu bajet x smpai pun 5k

    BalasPadam
  9. menu lauk kampung ngan cendol mmg terbaik hehe

    BalasPadam
  10. Meriah betul kendurinya Mar..
    Akak suka pergi kenduri ada lauk kampung..
    Kekadang boleh bertambah nasi dibuatnya :D

    BalasPadam
  11. Kalau tak rewang mmg senang banyakkan Mar....apa pun tahniah yer Mar dapat adik ipar...

    Bestnya kenduri kawen ada ayam Uncle Bob

    BalasPadam
  12. Comelnya anak lelaki Mar ni. Geram dibuatnya, rasa nak cubit pipi tu ^_^

    Tahniahlah dapat ahli keluarga baru. Masa macam nilah kan kita nak berkumpul adik beradik dan saudara mara. Tapi honestly speaking, rindulah nak rewang kat majlis perkahwinan macam dulu-dulu. Terasa meriahnya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code