Purse saya penuh dengan macam-macam kad. Biasanya kad yang keahliannya seumur hidup. Kad yang perlu renew setiap tahun, jarang ada.
Apa yang penting sangat kad mengumpul mata ganjaran ni?
Bagi saya, saya gemar mengumpul mata ganjaran tu dengan syarat saya kerap membeli di situ dan keahlian seumur hidup.
Contoh kad yang sangat aktif diswap adalah Kad Smiles Petron, Kad mata ganjaran Tesco, Kad Watson.
Ada baiknya mengumpul mata ganjaran ni. Mata terkumpul dapat tebus macam-macam. Yang paling aktif kad smiles petron. Kerap isi minyak kereta kan.
Yang lain, sekadar memenuhkan purse je kot.
Berbicara tentang kad mata ganjaran, saya tahu ramai yang memiliki kad Aeon Jusco kan? Saya? Dah expired 2 tahun lepas dan tidak pernah renew lagi.
Kenapa saya tak renew? Sebab saya hanya shopping di Aeon jusco setahun sekali. Atau dapat voucher percuma.
Pelik sangat ke takde kad aeon tu? Ntah la. Sebab setiap kali saya shopping di situ, mesti cashier tanya ada kad jusco? Bila saya jawab takde, dia macam pelik pula. Eh takde?
Biasa pinjam kad kawan-kawan je. Diorang dapat point. Saya pula tidak perlu keluar duit untuk renew setiap tahun.
Ahad lalu ke Jusco Tebrau beli sedikit baju anak-anak. Voucher 200 yang suami dapat dari kompeni dia belum guna lagi. Syok kan shopping free. Tapi, buat pengetahuan semua, saya bukan suka sangat shopping. Rajin shopping online sikitlah. Itu pun ikut keperluan.
Oleh kerana sedar diri, tidaklah saya pernah meletakkan shopping sebagai satu terapi buat saya.
10 Ulasan
great sharing
BalasPadamSaya kalau selalu beli kat pasaraya tu memang akan buat kad la..
BalasPadamsebab boleh collect mata..
collect mata tesco,tf,aeon je stkt nii
BalasPadamMarket tmpt slalu lya shopping tiap bln tu memg wajib da kad...kumpul byk2 nnt blh tebus mcm2 kan sronok tu hhehe
BalasPadamOhhh gitu... mak pun suka kumpul kad Mar, termasuklah kat JJ ni.... sebab JJ dekat ngan rumah kan...
BalasPadamKakak yg pasti point yg boleh katakan banyak kumpul selain watson mestilah dari Bonuslink. Mana tak seminggu berapa kali isi minyak. Kakak banyak reedem pun dari Bonuslink.
BalasPadamSaya pun macam tu, Mar. Banyak betul kad keahlian sampai kena masukkan dalam tempat kad khas. Asal kata ada keahlian dan ada special discount je, saya buat. Janji bayar sekali dan free selamanya. Tapi yang paling aktif pun cuma Watson, AeonBig, Aeon, Hero, Bonuslink, Mothercare dan Caltex. Yang lain-lain tu sekali sekala aje tunjuk kad. Saya suka sangat time menebus mata ganjaran tu tau ^_^
BalasPadamaida paling aktif bonuslink.
BalasPadamselang 3 hari isi petrol shell. then biasa gak soping di parkson, sebab depan umah.
then jusco kad. pun sebab depan umah.
mydin kad takde walaupun selalu beli brg. next time la apply :)
Wahhh..Byk tu 200..mcm2 boleh beli..Sy tgh kumpul point SOGO sbb kalo time mmbr sale point up to 10x dr jumlah yg kita beli..huhu
BalasPadamklu yg suka tebus brgn dgn kumpul mata ganjaran , memang sesuailah ...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.