Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tarian Singa & Angpow


Kilang tempat kami mencari sesuap makan ni biasanya memang takkan cuti lama. Tidak kiralah musim perayaan apa sekalipun. Hatta CNY. Cuti sekadar public holiday yang tercatat di dalam kalender. Nak cuti lebih, sila apply ye. Tapi, mohon cuti pun agak-agak jugalah. Kalau raya puasa ke raya haji boleh la Melayu mohon cuti.

10 Februari 2016 - Jalan raya lengang selengangnya. Saya tahu ramai yang masih bercuti. Tambahan pula, sekolah pun masih bercuti. Kami, sebagai pekerja yang berdedikasi, tetap masuk kerja walaupun kaki terasa berat untuk melangkah.

Hui, big bos kami pun dah mula kerja oi.. Petang dalam jam 2, ada persembahan tarian singa. Lama jugalah dia berjoget. Kemudian, pusing production area dan masuk department lain juga. Nak dapatkan ong katanya.


Eksen kemain dia baling-baling limau.


Yang tengah tu big bos. Kiri kanan tu director dan ada juga kaki sibuk. Akekeke..
Sempat jugalah singa tu ukir buah limau bali siap susun limau mandarin menjadi nombor 1128.
Pebenda tu? Jangan tanya. Saya pun tak tahu.


Si penari singa berbaju merah jambu. Saya terselit di belakang sana bertudung peach. Nampak kurus pula. Hahaiii,, sila jangan jealous.


Seperti biasa bila CNY tiba, dapatlah angpow dari bos. Macam biasa jugalah, RM8. Kalau RM88 tu best juga. Memang dah nombor 'ong' dia nombor 8.

RM8, dulu kini selamanya..






Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. hahaha..kalau 88 tu memang best kan mar...sama jugak kat sini..nak cuti lebih kena apply la..

    BalasPadam
  2. Boss Mar ni betul-betul berkira kakak rasa. Tapi apa boleh buat lain org lain cara walau sama bangsa. Boss kakak Ca ya nun alif juga tapi buat masa ini ok pulak. Budak-budak bawah kakak pun paling kurang dpt RM900/- angpow. Boss kakak suka 9 hihi... macam-macamlah mereka ni kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak tu 900..dapat 50 pon dah kira banyak kak..

      Padam
  3. alhamdulilah dpt gak angpow raya..
    dulu ms kecik2 takut nau ngan tarian singa tu
    la ni dah ok..even ada rs takut2 skit2 haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tiap tahun tengok singa tak takut nanti el..

      Padam
  4. lama tak tgk tarian naga...huhu...
    apa lah simbolik di sebalik nombor 1128 tu kan..

    BalasPadam
  5. hehehheheh untunglah dapat angpow:):)
    number 8 lagi

    BalasPadam
  6. Sesekali layan tarian singa best jugak tu Mar..
    Boss tu nak semua merasa angpow tu..
    Kalau pekerja ada 400 org .. jenuh nak bagi RM88 tu mar..

    BalasPadam
  7. raya cina ke cuti kelepasan am apa pun sy kena kerja juga..tp kali ni mitak excuse..raya cina kali ni memamg bercuti sakan la.hehe

    Alhamdulillah RM8 pun rezeki juga

    BalasPadam
  8. raya cina ke cuti kelepasan am apa pun sy kena kerja juga..tp kali ni mitak excuse..raya cina kali ni memamg bercuti sakan la.hehe

    Alhamdulillah RM8 pun rezeki juga

    BalasPadam
  9. Ok la tu..Boleh buat beli jajan Aisyah..huhu

    BalasPadam
  10. Meriah erkkkk dgn singa..lya x pernh kja ngan company cina, xcda mrasa angpow hhihi cuma raya mlyu je

    BalasPadam
  11. Jadilah Mar Rm8 ringgit pun ....lepas makan tengahari kot

    BalasPadam
  12. Dapatlah juga. Macam kami ni tak kiralah raya apa, semua pun tak dapat. Orang Jepun bukan ada perayaan!

    Teringat anak saya pagi tadi kata kat sekolahnya ada tarian 'harimau' hari ni. Macamanalah singa boleh bertukar jadi rimau pulak ni!

    BalasPadam
  13. kali ni sekali aje aida & anak-anak sempat tgk tarian singa.
    kat family store :)
    menganga mulut ijat 1st time tgk hi hi hi...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code